Ujian Darah Untuk Alahan | Sistem ImmunoCAP ™ Membantu Mengurus Ekzema Dengan Lebih Baik

Sistem ImmunoCAP ™ 100E adalah sistem diagnostik bersepadu cepat untuk ukuran kuantitatif petanda penyakit alahan, dan penanda untuk keradangan dan anafilaksis.

Menurut pakar pediatrik Pia J. Hauk, MD –

“Adalah penting untuk mengenal pasti sensitizations klinikal yang relevan kepada makanan menggunakan ujian cucuk kulit, ujian darah khusus IgE (ImmunoCAP; Phadia, Portage, MI, USA)….untuk memulakan campur tangan (dari pihak ibubapa pesakit dan pesakit itu sendiri) pemakanan yang sesuai dan mengelakkan sekatan pemakanan yang tidak perlu.

Kanak-kanak dengan AD (ekzema) yang pencetusnya adalah alergen makanan menunjukkan tindak balas imun yang berbeza apabila sel-sel darah periferal mononuklear mereka dirangsang dengan alergen makanan. Halangan kulit yang rosak dan ketelapan usus yang meningkatkan betapa mudahnya kepekaan (sensitiviti) kepada alergen muncul”.

Sistem ImmunoCAP

Maksudnya, kita sebagai ibubapa tidak boleh terlalu bergantung kepada kata-kata pakar, doktor dan mungkin juga orang lain yang sewenang-wenangnya menyatakan anak ekzema alah pada makanan tertentu sedangkan terdapat punca lain seperti persekitaran, cuaca dan juga perkara-perkara seperti tahap kesegaran makanan yang meningkatkan tahap histamine.

Dalam kebanyakan kes, ada yang boleh makan sotong segar tetapi tidak boleh makan sotong kering kerana tahap histamine berbeza. Ini tidak menunjukkan secara tepat dia alah pada sotong kerana dia masih boleh makan sotong dan sotong itu harus segar. Individu ini adalah alah pada histamine dan bukan sotong semata-mata.

Terdapat juga anak yang HANYA alah pada hama tetapi disekat pemakanan tertentu seperti susu lembu, makanan laut sedangkan punca kerengsaannya adalah tilam yang dia tidur.

Apabila tilam di bersihkan dari hama dengan menggunakan alat khas dan disarung dengan sarung anti dustmite, anak tersebut boleh sahaja menikmati makanan berunsurkan tenusu tanpa apa-apa masalah.

Jadi bahaya bukan? Menyekat zat yang pastinya anak boleh terima tapi kita salah perkiraan?

Ibubapa disarankan mengambil Ujian Darah ini bagi memudahkan pengawalan ekzema anak mereka dan mengelak dari kanak-kanak tersebut mengalami malnutrisi dari pemakanan penting walaupun pakar menyatakan ia makanan yang menyumbang pada alahan.

Hanya selepas menjalani ujian darah ini sebenarnya barulah terbukti anak alah pada makanan tersebut dan tanpa menjalani ujian ini, ibubapa tidak boleh menerima tuduhan menyatakan anak adalah alah pada susu lembu contohnya.

Sistem ImmunoCAP

Berikut adalah contoh markah keputusan ujian setelah di ambil. Seeloknya selepas mengambil ujian, keputusan dibawa berbincang bersama-sama seorang pakar immunologi untuk tindakan lanjut.

Sistem ImmunoCAP

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop