Ubat Penyakit Kulit | Kegunaan dan Kesan Sampingan Ubat Steroid Topikal (Ubat Sapuan)

Ubat steroid topikal ataupun lebih dikenali sebagai ‘corticosteroids’ ialah ubat sapu yang biasa digunakan untuk merawat penyakit kulit seperti ekzema, ruam, keradangan kulit, psoriasis, kulit bengkak, kemerahan kulit, kegatalan dan ketakselesaan pada kulit yang disebabkan oleh gigitan serangga.

Ubat steroid topikal mempunyai ciri-ciri mengurangkan keradangan pada kulit yang dapat membantu mengurangkan kegatalan dan kemerahan kulit. Ia terdapat dalam dalam bentuk yang berbeza seperti salap, krim dan losyen.

Salap biasanya digunakan oleh pesakit yang mempunyai kulit yang amat kering serta mengelupas manakala krim dan losyen pula biasanya digunakan oleh pesakit yang mempunyai kulit yang sederhana kering.

Kesan Buruk Ubat Steroid Topikal

Bagaimana Ubat Steroid Topikal Bertindak

Apabila kulit diganggu oleh bahan alergen (bendasing) atau berlaku interaksi, kulit akan bertindakbalas dengan mengeluarkan beberapa jenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan kulit.

Bahan kimia ini menyebabkan saluran darah di bawah kulit yang diganggu mengembang dan menyebabkan kulit yang terjejas menjadi merah, bengkak dan gatal.

Kesan Buruk Ubat Steroid Topikal

Ubat steroid topikal biasanya digunakan dalam situasi ini dan apabila diaplikasikan ke kulit, ia akan meresap ke dalam sel-sel kulit.

Ubat steroid topikal akan bertindak dengan menghalang bahan kimia (suppress) yang boleh menyebabkan keradangan daripada dibebaskan ke dalam sel-sel kulit, dan sekaligus mengurangkan keradangan dan melegakan kegatalan.

Klasifikasi Ubat Steroid Topikal

Ubat steroid topikal terdapat dalam kekuatan yang berbeza dan penggunaannya bergantung kepada keterukan dan lokasi keradangan kulit.

Ubat steroid topikal diklasifikasikan kepada 7 kelas potensi atau kekuatan yang mana kelas 1 adalah yang paling kuat atau ’superpotent’ dan kelas 7 adalah yang paling lemah.

Kesan Buruk Ubat Steroid Topikal

Jenis Ubat Steroid Topikal

Ubat steroid topikal diserap ke dalam kulit pada kadar yang berbeza dari bahagian badan yang berlainan bergantung kepada ketebalan kulit.

Ubat steroid topikal yang mempunyai kekuatan yang lebih lemah biasanya digunakan di bahagian badan yang mempunyai permukaan kulit yang nipis dan sensitif seperti kawasan pangkal paha, muka, kelopak mata dan kawasan lampin.

Ubat steroid topikal yang mempunyai kekuatan yang sederhana biasanya digunakan pada bahagian badan seperti tangan dan kaki.

Ubat steroid topikal yang kuat dari segi kekuatan biasanya digunakan oleh pesakit yang menghidapi penyakit psoriasis, lupus diskoid atau jenis ekzema yang teruk.

Sentiasalah mendapatkan nasihat doktor atau ahli farmasi sebelum membeli mana-mana jenis ubat steroid topikal.

Bagaimana Menggunakan Ubat Steroid Topikal

Sapukan satu lapisan nipis pada kulit yang terjejas dan gosokkan perlahan-lahan sehingga ubat meresap.

Ubat ini hanya untuk kegunaan pada permukaan kulit sahaja. Jangan sesekali dimasukkan ke dalam mata, lubang hidung atau mulut. Sekiranya ia berlaku, bilas dengan air secepat mungkin.

Kesan Sampingan Ubat Steroid Topikal

Kesan sampingan pada permukaan kulit:

  • Rasa seperti kulit terbakar, kegatalan atau kulit mengelupas
  • Kulit merah atau bengkak
  • Penipisan kulit yang juga dikenali sebagai atropi
  • Regangan kulit yang meninggalkan tanda
  • Saluran darah mungkin mengembang dan kelihatan sangat ketara di bawah permukaan kulit yang dikenali sebagai ’telangiectasia’
  • Mudah lebam
  • Keberkesanan ubat akan berkurangan disebabkan penggunaan yang kerap
  • Kehilangan pigmen pada kulit untuk sementara yang dikenali sebagai ’hypopigmentation’
  • Meningkatkan risiko terhadap jangkitan
  • Meningkatkan pertumbuhan rambut
  • Alahan terhadap ubat steroid topikal

Kesan sampingan sistemik jarang berlaku tetapi ia boleh berlaku apabila ubat steroid topikal digunakan pada keluasan permukaan kulit yang besar bagi jangka masa yangpanjang. Bayi dan kanak-kanak lebih mudah mendapat kesan sampingan sistemik berbanding dengan orang dewasa.

  • Pertumbuhan terbantut
  • Fungsi adrenal terhalang

Cara Mengurangkan Kesan Sampingan Ubat Steroid Topikal

  • Elakkan daripada menggunakan ubat steroid topikal untuk tempoh masa yang panjang.
  • Elakkan daripada menggunakan ubat pada keluasan permukaan kulit yang besar.
  • Hanya sapu pada kulit yang terjejas dan ikut arahan doktor.
  • Sekiranya boleh, guna ubat steroid topikal yang paling lemah dari segi kekuatan untuk mengawal keradangan kulit kecuali diarahkan oleh doktor.
  • Gunakan pelembap untuk mengawal keterukan keradangan.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop