Ubat Penyakit Kulit | Kegunaan dan Kesan Sampingan Ubat Antikulat Topikal (Ubat Sapuan)

Ubat antikulat topikal adalah ubat-ubatan yang disapu pada permukaan kulit untuk merawat jangkitan kulit di beberapa bahagian badan yang disebabkan oleh kulat.

Agen topikal antikulat digunakan untuk merawat jangkitan kulat di bahagian kulit, kuku, ketiak, mulut, pangkal paha, dan kawasan kemaluan, termasuk juga kulit kepala, leher, dan bahagian-bahagian badan yang lain, untuk merawat jangkitan kulat.

Ubat Antikulat Antifungal Jangkitan Kulat

Agen antikulat ini bertindak membunuh atau menyebab tidak aktif lagi kulat dan yis yang menyebabkan jangkitan tersebut.

Banyak ubat-ubatan antikulat topikal boleh didapati tanpa preskripsi doktor, dan ianya terdapat dalam pelbagai bentuk iaitu krim, salap, cecair, serbuk, semburan aerosol, syampu dan suppositori faraj.

Kebiasaannya, krim dan cecair yang paling berkesan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit, kerana ianya dapat meresap ke bahagian retak dan rekahan-rekahan di mana jangkitan kulat terjadi. Bentuk serbuk pula sesuai untuk digunakan di bahagian-bahagian badan yang lembap, seperti di celah jari kaki kerana serbuk menyerap kelembapan.

Ubat antikulat topikal bukan sahaja dapat melegakan gejala jangkitan kulat, seperti kegatalan, lecuran, dan kulit retak, tetapi ia juga dapat menghapuskan kulat.

Walau bagaimanapun, sekiranya jangkitan tersebut berlaku di dalam tubuh atau jangkitan kulat tidak sembuh selepas rawatan dengan krim atau salap, kemungkinan rawatan menggunakan antikulat sistemik berkemungkinan diperlukan.

Jenis Ubat Antikulat Topikal

Terdapat pelbagai ubat-ubatan antikulat topikal daripada kelas terapeutik kimia yang berbeza seperti kumpulan imidazoles, (miconazole, clotrimazole, econazole, ketonazole, oxiconazole, sulconazole) dan derivatif allylamine (butenafine, naftifine dan terbinafine).

Semua ubat-ubatan antikulat topikal mempunyai keselamatan yang baik untuk digunakan dan berkesan untuk merawat jangkitan kulat pada kulit. Tiada kajian yang dijalankan untuk membandingkan antikulat topikal mana yang paling berkesan untuk merawat jangkitan kulat.

Terdapat juga ubat antikulat topikal yang boleh didapati tanpa preskripsi doktor, yang mungkin berkesan sebagaimana ubat yang memerlukan preskripsi doktor.

Ubat Antikulat Antifungal Jangkitan Kulat

Ubat-ubatan antikulat tradisional yang lama seperti asid undecylinic dan gentian violet (juga dikenali sebagai kristal violet) masih ada, tetapi ia mempunyai kesan penyembuhan (pembasmian kulat) yang lebih rendah daripada ubat-ubat yang baru dan tidak digalakkan.

Tolnaftate pula mempunyai kadar penyembuhan yang lebih rendah daripada antikulat topikal baru, tetapi boleh digunakan untuk mencegah jangkitan kulat.

Dosaj Ubat Antikulat Topikal

Semua ubat antikulat topikal hanya boleh digunakan secara topikal sahaja. Rujuk maklumat produk untuk cara aplikasi yang betul. Pemilihan bentuk dos adalah sama penting dengan pemilihan ubat.

Faktor-faktor seperti jenis kulit yang dijangkiti dan kehadiran bulu/rambut pada tempat jangkitan perlu diambil kira. Bentuk dos seperti cecair sesuai disapu di tempat jangkitan yang mempunyai bulu/rambut, krim pula sesuai disapu pada tangan dan muka, salap pula sesuai disapu pada badan dan kaki.

Ubat Antikulat Antifungal Jangkitan Kulat

Selain itu, terdapat bentuk dos lain seperti syampu dan semburan. Ubat antikulat seperti Ciclopirox dan triacetin terdapat dalam formulasi yang sesuai untuk rawatan topikal jangkitan kulat pada kuku dan kulit.

Kebanyakan rawatan antikulat topikal memerlukan tempoh rawatan selama 4 minggu. Walau bagaimanapun, jangkitan kulat pada bahagian tertentu seperti di celah-celah jari mungkin memerlukan tempoh rawatan yang lebih lama iaitu 6 minggu.

Cara Penggunaan Ubat Antikulat Topikal

  • Ubat ini adalah untuk kegunaan luaran sahaja dan tidak boleh dimakan.
  • Ikut arahan seperti yang dinyatakan pada label.
  • Basuh tangan anda sebelum dan selepas menyapu ubat ini tetapi jika merawat jangkitan pada tangan atau kuku, anda hanya perlu membasuh tangan sebelum menyapu ubat .
  • Sapukan dengan kuantiti yang mencukupi untuk menampung kulit dan kuku yang terkena jangkitan serta kawasan sekitarnya.
  • Jangan menutup kawasan yang dirawat dengan pembalut atau pakaian melainkan atas arahan doktor.
  • Jangan sapu atau guna ubat ini pada mata, sekiranya terkena mata, bilas mata anda dengan air yang banyak.
  • Guna ubat ini pada jangka masa yang diarahkan dan jangan berhenti atau lupa sapu walaupun jangkitan telah pulih.
  • Jangan guna lebih daripada yang diarahkan.

Kebiasaannya krim disapu dua kali sehari selama 2 hingga 4 minggu. Sapukan sedikit krim tersebut pada kulit sekitar jangkitan kulat.. Teruskan sapuan selama 1 hingga 2 minggu selepas kemerahan jangkitan tersebut hilang. Rawatan susulan adakalanya perlu.

Contoh Ubat Antikulat Topikal

Ubat Antikulat Antifungal Jangkitan Kulat

Penggunaan Ubat Antikulat Topikal Bersama Ubat Lain

Kebiasaannya tiada interaksi dengan ubat lain tiada interaksi. Jangan guna sebarang ubat kulit yang lain pada jangkitan kulat tanpa memberitahu doktor.

Sila beritahu doktor semua ubat, herba, supplemen yang diambil. Maklumkan juga sekiranya anda merokok, mengambil alkohol atau dadah yang terlarang. Ini adalah kerana kemungkinan ada antaranya boleh menyebabkan interaksi.

Perkara yang perlu anda lakukan semasa menggunakan ubat antikulat topikal:

  • Beritahu doktor anda jika selepas rawatan selama 1 minggu simptom anda tidak bertambah baik. Sesetengah jangkitan kulat boleh mengambil masa yang lama untuk sembuh.
  • Pastikan jangka masa rawatan dipatuhi.
  • Selepas mandi, pastikan kulit anda dikeringkan sepenuhnya. Kebanyakan jenis kulat hidup dalam persekitaran lembab.
  • Pakai stokin dan pakaian yang bersih dan kering setiap hari.

Kesan Sampingan Ubat Antikulat Topikal

Jika anda mengalami simptom berikut, sila laporkannya kepada doktor anda secepat mungkin:

  • Ruam kulit, gatal-gatal
  • Melepuh, kemerahan yang semakin teruk, kulit menggelupas, atau bengkak pada kulit

Berikut pula kesan sampingan yang biasanya tidak memerlukan rawatan perubatan (Anda boleh laporkan kepada doktor jika kesan sampingan ini berlarutan):

  • Kekeringan kulit
  • Kerengsaan, rasa kepanasan dan sengatan pada kulit yang tidak serius

Adakah Ubat Antikulat Topikal Selamat?

Kebanyakan agen topikal antikulat adalah selamat untuk digunakan. Walau bagaimanapun, kesan sampingan yang berlaku kebanyakannya disebabkan oleh bahan tambahan di dalam formulasi ubat tersebut.

Kesan sampingan yang biasa dialami adalah kerengsaan kulit yang boleh menyebabkan kemerahan,kegatalan dan kepedihan kulit. Adakalanya kesan alahan juga boleh berlaku. Topikal antikulat hanya boleh digunakan mengikut label yang disyorkan.

Ianya tidak boleh digunakan di bahagian mata (oftalmik) atau telinga (autik) manakala penggunaan pada membran mukus mestilah mengikut formulasi yang sesuai.

Kegunaan ubat antikulat topikal bagi perempuan mengandung dan ibu yang menyusu masih belum diuji tahap keselamatannya . Terdapat sejenis antikulat topikal iaitu Gentian violet yang tidak boleh digunakan semasa mengandung.

Walaupun ubat disapu pada kulit, ianya boleh meresap ke dalam sistem sistemik iaitu aliran darah. Serapan tersebut kebarangkalian adalah rendah tetapi perlu dikaji.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop