Ubat Penyakit Kulit | Kegunaan Dan Kesan Sampingan Ubat Antihistamin Pada Kanak-Kanak

Antihistamin telah menjadi pilihan utama dalam rawatan keadaan alahan kerana mereke berkesan untuk melegakan simptom bagi keadaan alahan yang berlainan termasuk alahan bermusim, alahan dalam ruang tertutup dan makanan. Ianya merupakan antara ubat yang paling kerap dipreskripsikan kepada kanak-kanak.

Antihistamin ialah sekumpulan ubat yang digunakan untuk merawat alahan yang disebabkan oleh histamin, Selain itu, ianya juga boleh digunakan untuk keadaan yang lain seperti batuk.

Jika anda ingin tahu bagaimana antihistamin berfungsi dalam badan kita, anda perlu memahami peranan histamin semasa kita berada dalam keadaan alahan.

Apabila sesuatu organism asing seperti bakteria dan virus masuk ke dalam badan kita, satu tindak balas yang dipanggil inflamasi berlaku untuk melindungi badan kita. Semasa inflamasi, sejenis bahan kimia yang dipanggil histamin dilepaskan dan seterusnya merangsang simptom alahan pada hidung, salur pernafasan dan kulit.

Ubat Antihistamin Kanak-Kanak

Histamin akan merangsang sistem saraf lalu menyebabkan seseorang bersin dan rasa gatal pada hidung serta kulit. Histamin juga meningkatkan rembesan hidung dan mengembangkan salur darah lalu mengakibatkan kulit menjadi radang dan bengkak.

Selain itu, histamin juga mengumpulkan semua jenis sel darah putih yang seumpama angkatan tentera dalam badan kita untuk berlawan dengan penceroboh asing (bakteria atau virus) di tempat jangkitan tersebut.

Bagi keadaan alahan, sistem pertahanan (sistem imun) badan kita menganggap objek asing seperti debunga dan habuk sebagai penceroboh lalu beraksi dengan tindak balas inflamasi yang sama. Tindak balas inilah yang menyebabkan kita mengalamai kesan seperti gatal-gatal dan kebengkakan kulit semasa keadaan alahan berlaku.

Antihistamin berfungsi untuk menghentikan atau mengurangkan histamin. Oleh itu, ianya boleh menghentikan simptom-simptom alahan.

Ubat Antihistamin Kanak-Kanak

Walau bagaimanapun, antihitamin tidak boleh merawat semua simptom alahan, contohnya apabila hidung sesak. Dalam keadaan sebegini, doktor anda mungkin akan bagi ubat lain seperti dekongestan selain daripada antihistamin. Kadang kala, produk kombinasi yang mengandungi kedua-dua antihistamin dan dekongestan akan diberikan.

Kegunaan Ubat Antihistamin

Ubat antihistamin digunakan untuk merawat pelbagai jenis keadaan alahan seperti berikut:

  • alahan rinitis (inflamasi hidung)
  • keadaan alahan kulit termasuk
  • urtikaria — gatal-gatal
  • dermatitis sentuh— keradangan yang gatal akibat sentuhan dengan sesuatu objek
  • alahan konjuktivitis (inflamasi konjunktiva — membran yang menyelaputi bahagian putih mata)

Kegunaan antihistamin yang lain termasuk:

  • batuk
  • motion sickness (mabuk akibat pergerakan, contohnya mabuk laut)
  • loya dan muntah
  • vertigo – sensasi bahawa anda atau sekeliling anda berpusing
  • insomnia – kesukaran masuk tidur

Jenis Ubat Antihistamin

Secara umumnya, ubat antihistamin dikelaskan kepada 2 kumpulan:

Generasi pertama iaitu antihistamin yang boleh menyebabkan kesan mengantuk dalam kebanyakan orang. Antaranya termasuk chlorpheniramine, promethazine, hydroxyzine, triprolidine dan diphenhydramine.

Generasi kedua iaitu antihistamin yang kurang menyebabkan kesan mengantuk berbanding dengan antihistamin generasi pertama dan biasanya direkomenkan. Antaranya termasuk cetirizine, loratadine, desloratadine dan fexofenadine.

Penggunaan antihistamin generasi pertama dalam kanak-kanak tidak pernah dikaji secara menyeluruh.

Sebaliknya, antihistamin generasi kedua pernah dikaji penggunaannya di kalangan kanak-kanak. Maka, keselamatan penggunaanya dan dos yang sepatutnya diberikan kepada kanak-kanak adalah lebih difahami oleh doktor dan ahli farmasi anda.

Kesan Sampingan Ubat Antihistamin

Seperti ubat yang lain, antihistamin mempunyai kesan sampingan. Kesan sampingan adalah lebih ketara dengan antihistamin generasi pertama.

Antara kesan-kesan sampingan yang biasa dialami akibat penggunaan ubat antihistamin termasuk:

  • Mengantuk
  • Pening
  • Mulut kering
  • Loya dan muntah
  • Kegelisahan atau perasaan tidak menentu (dalam sesetengah kanak-kanak)
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Selera makan berubah
  • Bermasalah berkencing
  • Sembelit
  • Kekaburan penglihatan
  • Kekeliruan

Kesan sampingan lain yang jarang tetapi mungkin berlaku termasuk:

  • Kesukaran masuk tidur
  • Mimpi ngeri
  • Halusinasi (melihat atau mendengar sesuatu yang bukan merupakan realiti)
  • Kegatalan kulit
  • Sawan (fits)
  • Denyutan jantung cepat daripada normal
  • Kesesakan dada

Kanak-kanak adalah lebih terdedah kepada kesan sampingan ubat antihistamin, terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 6 tahun. Mereka turut mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mengalami kesan sampingan seperti kegelisahan.

Dengan ini, ibu bapa dinasihatkan supaya jangan memberi antihistamin kepada anak anda tanpa nasihat daripada doktor dan ahli farmasi.

Arahan Khas Penggunaan Antihistamin Pada Kanak-kanak

Antihistamin sering diberi untuk rawatan selesema. Namun demikian, kebaikannya untuk merawat selesema di kalangan kanak-kanak terutamanya mereka yang berumur kurang daripada 6 tahun adalah tidak terbukti.

Ubat Antihistamin Kanak-Kanak

Kanak-kanak kurang daripada umur 2 tahun dianggap mempunyai sistem imunisasi yang berlainan.

Oleh itu, kanak-kanak berumur kurang daripada 2 tahun tidak harus diberi antihistamin seperti promethazine, chlorpheniramine dan diphenhydramine untuk tujuan rawatan selesema. Manakala bagi kanak-kanak berumur antara 2 hingga 6 tahun, antihistamin harus digunakan secara berhati-hati.

Walau bagaimanapun bagi keadaan alahan, ubat antihistamin masih boleh digunakan dengan syarat ianya diberikan atas nasihat doktor atau ahli farmasi anda.

Ibu bapa dinasihatkan untuk memperhatikan anak-anak mereka selepas antihistamin diberikan.

Sekiranya sebarang kesan sampingan yang serius disyaki, anda perlu membawa anak anda untuk berjumpa doktor. Bawa semua ubat yang telah diberikan kepada anak anda ke hospital/klinik dan tunjuk kepada doktor anda supaya rawatan yang paling sesuai boleh diberikan.

Anda harus tahu bahawa sesetengah orang boleh dirawat dengan satu jenis antihistamin tetapi tidak mendapat sebarang manfaat daripada antihistamin yang lain. Dengan ini, sekiranya loratadine atau cetirizine tidak berfungsi untuk merawat anak anda, antihistamin lain mungkin diberikan oleh doktor anda.

Ibu bapa dinasihati supaya membaca label pada ubat sebelum memberikannya kepada anak anda. Ini adalah penting terutamanya apabila anak anda telah berjumpa dengan doktor yang berlainan kerana simptom alahan masih belum sembuh selepas berjumpa dengan doktor sebelumnya.

Ubat antihistamin boleh didapati sama ada sebagai produk tunggal atau produk gabungan dengan ubat lain. Justeru itu adalah mungkin bahawa dua produk berlainan sebenarnya mengandungi antihistamin yang sama atau berlainan. Tiada bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan dua atau lebih jenis antihistamin adalah lebih berkesan berbanding dengan satu jenis antihistamin.

Sekiranya kedua-dua produk mengandungi antihistamin yang sama, kemungkinan besar kejadian dos berlebihan akan berlaku. Kejadian dos berlebihan akan membawa kesan mudarat di mana kematian mungkin berlaku.

Ibu bapa diingati supaya tidak merawat anak anda dengan ubat sendiri kerana respon kanak-kanak kepada ubat adalah berlainan daripada orang dewasa. Tanya doktor atau ahli farmasi anda sebelum memberikan sebarang ubat termasuk antihistamin kepada anak-anak anda.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop