Ubat Penyakit Kulit | Kegunaan Dan Kesan Sampingan Antihistamin Dalam Merawat Alahan

Antihistamin adalah sejenis ubat yang digunakan untuk merawat alahan/alergi. Ia bertindak menyekat tindakan histamin, sejenis protein yang digunakan oleh sistem imun untuk membantu melindungi sel-sel badan daripada jangkitan.

Sistem imun adalah pertahanan semula jadi badan terhadap penyakit dan jangkitan.

Jika sistem imun mengesan objek asing yang berbahaya seperti bakteria atau virus, ia akan melepaskan histamin ke dalam sel berdekatan.

Histamin seterusnya akan menyebabkan saluran darah kecil mengembang dan kulit di sekitar kawasan jangkitan membengkak. Ini dikenali sebagai keradangan.

Ubat Antihistamin

Pengembangan saluran darah membolehkan lebih banyak sel darah putih dihantar ke kawasan jangkitan untuk melawan jangkitan. Pembengkakan kulit sekeliling juga menyukarkan jangkitan untuk merebak ke bahagian badan yang lain.

Ubat Antihistamin

Histamin kebiasaannya adalah protein yang berguna. Walau bagaimanapun kadang kala kesannya perlu disekat terutama ketika berlaku kesilapan apabila sistem imun badan mengesan bahan yang tidak berbahaya, seperti debunga dan hama sebagai satu ancaman.

Pembebasan histamin akan mencetuskan keradangan dan menyebabkan tisu berdekatan jangkitan menjadi merah dan bengkak. Ia juga boleh menjejaskan saraf di dalam kulit sehingga menyebabkan kulit berasa gatal.

Ubat Antihistamin

Alahan Yang Boleh Dirawat Dengan Antihistamin

  • Demam alergi
  • Rinitis alergi (radang hidung disebabkan oleh reaksi alahan kepada bahan-bahan seperti hama)
  • Keadaan alergi kulit seperti ekzema dan urtikaria (gatal-gatal)
  • Konjunktivitis alergi (radang mata)

Jenis Ubat Antihistamin

Antihistamin diklasifikasikan mengikut dua kumpulan:

Generasi pertama

  • Menyebabkan gejala mengantuk bagi kebanyakan orang.
  • Contohnya: diphenhydramine dan chlorphenamine/chlorpheniramine

Generasi kedua

  • Selalunya tidak menyebabkan gejala mengantuk.
  • Contohnya: loratadine dan cetirizine.

Ubat Antihistamin

Kebiasaannya, pesakit disyorkan untuk menggunakan antihistamin daripada kumpulan generasi kedua. Ini bagi mengelakkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti mengantuk.

Di samping itu, bagi pesakit yang mengambil antihistamin generasi pertama, pesakit dinasihatkan supaya berhati-hati dengan kesan sampingan mengantuk ubat berkenaan.

Pesakit juga dinasihatkan agar tidak memandu kenderaan dan mengendalikan mesin selepas mengambil ubat tersebut bagi mengelakkan kemalangan berlaku.

Walau bagaimanapun, gejala mengantuk ini dapat membantu pesakit yang tidak dapat tidur kerana mengalami kegatalan akibat alahan.

Kesan Sampingan Ubat Antihistamin

  • Mengantuk dan keletihan
  • Pening
  • Peningkatan tekanan darah
  • Kesukaran menumpukan perhatian
  • Sakit perut
  • Sembelit
  • Penglihatan kurang jelas
  • Mulut kering

Adakah Antihistamin Selamat?

Antihistamin dianggap ubat yang selamat dan pesakit boleh mendapatkannya sendiri di kedai-kedai farmasi tanpa perlu berjumpa dengan doktor.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan kesihatan tertentu yang boleh menjadi lebih serius dengan pengambilan antihistamin, atau menyebabkan antihistamin bertindak balas secara tidak menentu.

Oleh itu, pesakit hendaklah mendapatkan nasihat daripada doktor atau ahli farmasi masing-masing sebelum mengambil antihistamin bagi keadaan-keadaan berikut:

  • Lelah
  • Kencing manis (jenis 1 dan jenis 2)
  • Darah tinggi
  • Sawan
  • Glaukoma
  • Pembesaran kelenjar prostat
  • Sakit jantung
  • Sakit buah pinggang
  • Kerosakan pundi kencing
  • Kerosakan hati
  • Usus tersumbat
  • Kelenjar tiroid yang terlampau aktif
  • Wanita mengandung atau menyusukan anak
  • Kanak-kanak terutamanya berusia 2 tahun ke bawah
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop