Tips Kulit Sihat | Apakah Makanan Yang Baik Untuk Kesihatan Kulit & Badan Anda?

Jika anda tidak pandai memilih makanan yang memberi manfaat kepada tubuh, makanan boleh menjadi sumber utama penyakit. Makanan yang baik dapat mencegah penyakit, disamping memberi kesegaran dan tenaga kepada tubuh samada fizikal atau mental.

Makanan yang baik juga dapat membantu pemulihan serta merawat pelbagai penyakit. Makanan yang baik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Makanan yang asli tanpa diproses secara melampau (highly refined processed foods)
  • Makanan wholefoods yang mengandungi semua khasiat asal seperti vitamin, mineral, serat makanan (soluble & insoluble), anti-oksidan, unsur surih mineral, dan pelbagai faktor phytonutrien yang lain.
  • Makanan yang tidak diproses secara kimia (chemically refined foods). Makanan yang diproses secara kimia selalunya bersifat asid bila masuk dlm tubuh yang memberi banyak kesan buruk kepada organ-organ, tisu dan sel-sel.
  • Makanan yang bebas bahan aditif kimia / sintetik seperti pengawet, pewarna, kondisioner, perasa yang selalunya berasid dlm tubuh. Ia boleh menyababkan alahan, kanser, kelemahan sistem imun, membebankan organ perkumuhan seperti buah pinggang, hati, kulit.
  • Makanan yang bebas bahan antibiotik, vaksin, hormon, steroid untuk mempercepat pertumbuhan haiwan ternakan seperti ayam daging, ikan bela (keli, tilapia, patin), lembu. Produk tenusu juga tidak terlepas dari bahan-bahan yang mudarat ini seperti susu.
  • Makanan hasil pertanian yang bebas ubah-suaian genetik / GMO. Makanan GMO mengandungi cebisan unsur jujukan DNA daripada spesies organisma yang berbeza. Contohnya, tanaman jagung, soya, atau ternakan lembu yang diselitkan cebisan DNA bakteria, virus atau haiwan spesies lain untuk mendapatkan ciri-ciri tertentu pokok, buah & hasil ternakan. Makanan GMO menjadi isu kesihatan yang hangat diperdebatkan.
  • Makanan hasil pertanian seperti buah, sayur, bijirin, ubi yang bebas racun kimia pestisid & serangga perosak, baja kimia sintetik.
  • Buah dan sayur bebas carbide (perangsang buah menjadi masak sbg peraman), semburan @ rendaman @ salutan bahan kimia anti-kulat @ bhn kimia yang melambatkan pematangan buah / sayur supaya tahan lama terutama buah & sayur yang diimport

Makanan wholefoods yang asli tanpa tambahan bahan kimia sintetik serta penuh dengan khasiat pemakanan akan mengoptimumkan fungsi & menguatkan organ-organ secara harmoni dan seimbang seperti sistem saraf, darah, salur darah, sistem kardio-vaskular, tisu tulang & rawan, tisu otot, organ perkumuhan (buah pinggang, hati, paru-paru), mata, kulit, sistem penghadaman, kelenjar hormon, sistem limfa, tisu sendi, tisu kolagen dsb. Mekanisma homeostasis badan juga berjalan dengan baik.

Makanan Untuk Kesihatan

Cadangan pemilihan makanan yang baik mengikut kumpulan makanan adalah seperti berikut:

1. Bijiran dan tepung (karbohidrat)

Pilih makanan bijirin yang paling kurang diproses, diubahsuai atau ditambah bahan aditif.

  • Bijirin yang tidak di’polish’/ bijirin penuh/ whole cereal i.e. bentuk asal tanpa campuran minyak sayuran terhidrogen, krimer bukan tenusu / minyak sayuran, bahan aditif kimia. Contoh bijirin ialah beras perang, wholemeal wheat flour (e.g. tepung atta), oat, Rolled Oat, kekacang (dal, soya , badam, kacang kuda, bijan, pulut hitam dsb.) biji gandum perang( buat bubur gandum), biji barli.
  • Kalau boleh pilih yang kurang diracun atau ‘organic plants’.
  • Makanan yang tidak diubahsuai genetic @ bebas GMO.
  • Makanan yang sudah siap sedia untuk dimakan i.e. all in one, 3 in one seperti Nestum, Instant cereal, Instant beverage, kalau boleh elakkan dan diganti dengan makanan di (a). Makanan bijirin sarapan all in one dan serbuk kopi segera all in one/ 3 in 1 mengandungi krimer bukan tenusu yakni minyak sayuran terhidrogen.
  • Serbuk beras perang (brown rice powder) elok juga dimakan kerana ia tiada sebarang bahan aditif (100% roasted brown rice powder: Nature’s Own, Serina). Bioavailibiliti yang optimum untuk penyerapan zat , mineral & vitamin yang maksimum.
  • Ganti tepung gandum putih dengan tepung atta @ wholemeal wheat flour. Cuba elak tepung gandum yang ada bahan peluntur atau pemutih benzoyl peroxide. Contoh tepung gandum putih yang bebas bahan pemutih benzoyl peroxide seperti Tepeng Gandum ‘FAIZA’, ‘BIDARA’, ‘CEMPAKA’ yang berlabel bebas bahan pemutih benzoyl peroxide. Semua brand tepung gandum atta, tepung suji, wholemeal flour, whole wheat flour juga bebas benzoyl peroxide. Benzoyl peroxide banyak memberi kesan buruk kepada kesihatan seperti alahan, karsinigenik (kanser), dsb.

Semua makanan asli di atas bagus untuk pencernaan, keharmonian, tenaga yang dihasilkan darah, keseimbangan hormone dan saraf, fungsi detoxification tubuh. ·Juga untuk kekuatan mental. Tak perlu vitamin tambahan seperti pil-pil.

2. Protein

  • Kalau boleh pilih sumber asli yang tidak diberi makanan yang diproses oleh manusia seperti dedak, bebas anti – biotik, hormone, steroids, vaksin dan GMO/ubahsuai genetic.
  • Pilih ikan laut dan cuba elakkan ikan darat yang dibela seperti keli, talapia. Elok ambil ikan yang ditangkap segar dari sungai. Kalau boleh elak makan ikan keli yang dibela. Ikan yang segar dan tidak mempunyai risiko alahan/gatal adalah ikan selar, tenggiri, kerisi, merah, siakap, bawal putih, gerut, nyok, parang, jenahak, selar kuning, belanak, jelawat, pelanduk, cermin.
  • Pilih ayam kampong, kambing dan telur ayam kampong. Elak atau kurangkan makan daging lembu kecuali daging lembu betina 2 tahun ke bawah yang belum beranak.Daging kambing yang berumur 2 tahun ke bawah seperti ‘lamb’ bermanfaat untuk tubuh.
  • Masakan daging/ ayam yang bagus : rebus, sup, kukus yang dibubuh cuka buah, lada hitam & rempah – ratus.

Makanan Untuk Kesihatan

3. Minyak & lemak

  • Minyak sayuran kelapa sawit bertapis (refined vegetable oil) dan lain-lain juga boleh digunakan, yang bebas minyak sayuran terhidrogen, dan bersifat cecair sepenuhnya. Cuma ia
    kurang bahan phytonutrien, vitamin & mineral berkhasiat dalam minyak sayuran asli. Walaubagaimanapun, minyak sayuran bertapis ini (diproses menggunakan soda kaustik, asid & bahan kimia lain) bila masuk dalam badan menjadikan darah berasid yang boleh membawa masalah kesihatan dalam jangka masa panjang.
  • Yang terbaik: Minyak zaitun ekstra virgin, minyak karotino yang diproses secara perahan fizikal, bukan secara kimia. Ia kaya khasiat phytonutrien, vitamin, mineral dan antioksidan. Minyak kelapa yang ditanak atau dimasak secara pemekatan pun boleh diguna.
  • Gunakan mentega susu asli (SCS, Anchor dsb), santan kelapa asli, minyak sapi asli 100% (seperti QBB), red palm oil seperti karotino, minyak kelapa sawit bertapis asli, minyak zaitun extra virgin/pomace/pure refined oil (cecair sepenuhnya) menggantikan minyak sayuran terhidrogen (hydrogenated vegetable oil, HVO) seperti majerin, lelemak sayuran, krim minyak sayuran, krimer bukan tenusu, mentega campuran minyak sayuran berperisa (lepa susu), minyak sapi dibuat daripada campuran minyak sayuran.
  • Minyak sayuran & lemak haiwan asli ini boleh digunakan untuk menggantikan majerin/shortening/HVO untuk membuat doh roti, biskut, menumis, menggoreng, sup dan menyediakan pelbagai resepi masakan dengan tekstur & kualiti produk yang sama.
  • Minyak sayuran terhidrogen yakni HVO (seperti majerin,shortening, krimer minyak sayuran, butter minyak sayuran) sama dari segi molekul dan struktur kimia dengan minyak dan lemak asli. Tetapi berbeza dari segi struktur isomer.

Ini adalah akibat proses kilang yang melibatkan penghidrogenan sebahagian molekul asid lemak tidak tepu dalam minyak sayuran menjadikan minyak atau lemak sayuran terubahsuai (human made fats) separuh pepejal (semisolid). Tetapi pada pendapat saya, lemak trans asli seperti yang terdapat dalam daging, susu tidak sama dengan lemak trans daripada minyak sayuran terhidrogen.

Malah lemak trans asli & lemak tepu asli sekalipun (daripada santan kelapa, butter susu asli, minyak ghee asli, daging) tidak menjadi masalah kepada tubuh untuk dimetabolisma dan digunakan oleh tubuh. Ia boleh dibakar sepenuhnya bila masuk dalam tubuh dengan syarat pengambilan lemak asli ini secara sederhana mengikut keperluan tubuh individu serta diet mestilah bebas daripada HVO (hydrogenated vegetable oil).

Lemak trans asli & lemak tepu asli yang terdapat dalam sumber makanan wholefoods seperti butter susu asli, daging, ayam, telur, susu, santan kelapa mempunyai faktor-faktor nutrien yang lain yang menjadi penyeimbang untuk mengoptimumkan proses metabolisma / pengangkutan lemak asli ini yakni bioavailabiliti yang tinggi.

Makanan Untuk Kesihatan

Contohnya butter mengandungi 3-4% SCT (short chain triglyceride, asid lemak 4-karbon) yakni butiric acid yang larut air serta mempunyai kesan baik pada tubuh.

Santan kelapa mengandungi 50% MCT (medium chain triglyceride) iaitu asid laurik (asid lemak 12-karbon), asid kaprik & asid kaproik yang banyak manfaat kepada tubuh seperti menurunkan kolesterol, sbg anti-virus & anti-bakteri serta boleh merawat pelbagai penyakit. Ia tidak termendap pd dinding salur darah kerana ia dapat diangkut dengan efisien dan digunakan oleh tubuh sepenuhnya.

Peranan ini dimainkan oleh kolesterol baik HDL yang juga meningkat selepas mengambil lemak tepu asli. Sebaliknya HVO yang menekan HDL akan meningkatkan LDL kolestrol jahat yang tidak boleh diangkut atau dimetabolismakan. Ini yang menyebabkan HVO atau majerin memudaratkan badan.

Metabolisma minyak sayuran terhidrogen di dalam tubuh sangat rendah dan kurang bermanfaat. Ia tidak boleh diguna oleh tubuh secara berkesan.

Minyak sayuran terhidrogen (human made fats/ bad fats) boleh tinggal dan berhimpun dalam badan sehingga lebih 20 tahun. Ia boleh melekat/attach pada membran sel-sel termasuk sel darah merah dan mengganggu banyak proses biokimia dalam dan luar sel. Badan tidak tahu apa hendak dibuat dengannya sehingga ia tidak boleh digunakan atau disingkirkan.

Ia menyebabkan darah pekat, LDL/ kolesterol jahat naik, darah berasid, pengangkutan nutrient & oksigen kepada sel dan penyingkiran bahan toksik/kumuh daripada sel terjejas. Kesan awal pada tubuh boleh dirasai hampir serta-merta selepas mengambil makanan yang ada HVO / majerin iaitu, selalu mengantuk & letih pada hari siang terutama lepas makan, kadang-kadang terjadi sesak nafas, tercungap-cungap bila menaikki tangga atau berjalan cepat, selalu pening & sakit kepala, kebas pada tangan atau kaki, jantung rasa berdebar.

Makanan Untuk Kesihatan

Badan sentiasa rasa malas, berat dan tidak cergas. Aktiviti fizikal seperti senaman & bersukan dilakukan dengan paksa atau kesedaran untuk menjaga kesihatan, kecergasan & menurunkan berat badan, padahal kemampuan / kapasiti / kekuatan tubuh sangat rendah yakni peredaran darah yang terganggu, darah pekat, salur darah keras, paras oksigen dlm darah rendah, pengangkutan nutrien & bhn kumuh tidak efisien . Ini boleh memudaratkan organ jantung, otot untuk jangka masa panjang.

Untuk jangka panjang pula (yakni selepas bertahun-tahun mengmbil HVO / majerin), ia menyebabkan fungsi organ-organ terganggu, lalu badan menjadi tidak cergas dan akhirnya menimbulkan penyakit seperti darah tinggi, kegemukan buah pear/ central obesity / gemuk pada bahagian abdomen & punggung (pinggul), kolesterol dan lemak dalam darah tinggi, migrain yang sukar dirawat sehingga terpaksa mengambil pain killer, penyakit jantung koronari, heart-stroke atau heart-attack, serangan angin ahmar / lumpuh, kanser, arthritis, kerap terkena jangkitan kuman & virus, artherosclerosis, salur darah keras /sempit / tersumbat dsb.

Bagi setengah orang, molekul hormon insulin tidak dapat bertindak pada reseptor sel yang menghalang kemasukan sebahagian molekul glukos. Lalu terjadilah ‘insulin resistant’ pada pesakit ‘diabetes Type 2’.

4. Sayur –sayuran dan buah –buahan

  • Pilih yang bebas @ kurang diracun seperti sayur daun yang berlubang, organically grown, sayur/ buah kampong. Kalau boleh elak buah yang diperam karbaid.
  • Pilih sayur/ buah yang ditanam secara semulajadi dan organic, serta bebas GMO (genetically modified organism)
  • Pilih sayur kampong yang tumbuh meliar @ tidak diracun @ menggunakan baja kimia.
  • Apabila perlu , makan buah/ sayur yang telah disembur racun makhluk perosak (pesticide), rendam dalam air garam/ cuka buah/limau nipis dalam beberapa minit untuk mengurangkan kandungan racun dalam buah/ sayur.
  • Buah kurma, buah kismis, kurma merah, buah tin, buah delima yang asli pun bagus untuk kesihatan.
  • Buah betik, pisang (bebas karbaid), ulam pegaga, ulam raja, daun selom, daun ketumbar, saderi, daun sup juga bagus,.
  • Lebih baik pilih buah dan sayuran tempatan kerana buah & sayuran import mengandungi ubat atau bahan kimia untuk elak daripada serangan kulat & serangga perosak supaya tahan lebih lama.

Makanan Untuk Kesihatan

5. Makanan –makanan lain yang baik.

a) Biskut Jacob : wholemeal / fiber cracker/ cream crackers (masih mengandungi lemak trans pada kadar rendah i.e < 0.5%) pun boleh diambil menggantikan biskut –biskut lain yang banyak mengandungi aditif, krim dan gula . Biskut – biskut lain yang berasaskan bahan bijirin asli @ whole grains yang bebas bahan aditif, gula, krim @ ada pada tahap minimum seperti natural crackers, natural @ wholemeal bread.

Pilih produk yang mengandungi minyak sayuran terhidrogen paling minimum jika tiada pilihan. Bagaimanapun bagi pesakit diabetes, pra – diabetes & insulin resistant,darah tinggi, stroke,kegemukan, kolestrol & lemak tinggi dalam darah, darah pekat, lemah jantung,artherosclerosis, semua jenis makanan yang mengandungi lemak trans & HVO yang rendah (trans fat < 0.5%) termasuk biskut Jacob’s Cream Crackers, roti kosong juga harus dielakkan.

b) Guna gula perang @ Brown sugar @ gula kabung asli @ gula nira kelapa asli @ raw sugar cane @ jaggery sugar ( warna perang), menggantikan gula putih. Gula perang ada dua jenis dalam pasaran, iaitu semi brown & whole/ raw/ natural brown sugar yang dibuat daripada jus tebu yang diproses secara pemekatan/concentration. Yang kedua lebih baik kerana kaya khasiat mineral, antioksidan, phytonutrien.

c) Cuka buah-buahan yang diperam (hasil fermentasi, bukan cuka kimia) seperti cuka nipah, cuka epal, cuka kurma, cuka beras juga bagus sebagai perasa makanan untuk pencernaan, nyahtoksik, memecahkan lemak, darah tinggi, kencing manis, cuci organ hati dan buah pinggang. Pengambilan 1 sudu besar 2x seminggu digalakkan.

d) Guna garam kasar (asli) yakni dibuat daripada air laut menggantikan garam halus yang diproses secara kimia (refined sea salt, synthetic salt). Garam terbaik adalah garam bukit berwarna perang atau merah muda yang bebas bahan aditif serta kaya pelbagai mineral seperti kalsium, magnesium, iron, potassium. Garam bukit yang mengalami proses pemutihan yakni ‘highly refinery processed rock salt’ yang berwarna putih kurang bermanfaat kepada tubuh kerana kurang mengandungi bahan mineral dan ia juga kurang beralkali.

e) Air, kalau boleh guna air bertapis. Air zam-zam sangat bagus. Di samping itu air telaga/ air bukit/ air mata air yang bersih pun baik kerana ia bersifat alkali. Air sumber asli ini adalah ‘ air hidup’ yang penuh bertenaga & berkhasiat yang mempunyai struktur kumpulan molekul heksagon dan kandungan mineral.

Ia adalah sumber air yang baik & penting untuk fungsi tubuh yang optimum seperti penyahtoksikan, penghantaran nutrient dan oksigen ke sel-sel, sebagai antioksidan yang boleh meneutralkan radikal bebas, penggunaan tenaga sel (metabolisme) yang maksimum, meningkatkan imun, tenaga, alertness dan kesegaran badan dsb. Air yang mengandungi khasiat mineral ini berkesan untuk menghidratkan tubuh, organ, tisu dan sel-sel.

f). Serbuk minuman yang bagus: Serbuk minuman 100% asli seperti serbuk koko Van Houten & Tudor, daun teh asli, serbuk biji kopi asli yang bebas krimer minyak sayuran/krimer bukan tenusu/ majerin.

g). Coklat yang bebas trans fat / HVO seperti brand ‘TOBLERONE’ & ‘LINDT’ digalakkan untuk menggantikan kebanyakan coklat dlm pasaran yang dibuat daripada lemak gantian koko, pengemulsi sintetik, trans fat.

Makanan Untuk Kesihatan

6. Elakkan :

a) MSG (Monosodium Glutamate) dan semua jenis bahan perisa makanan.

b) Snacks, chocolate, confection & junk food yang tidak bermanfaat malah membebankan tubuh memprosesnya: mengandungi banyak minyak sayuran terhidrogen, pewarna, perasa tiruan.

c) Buah-buahan jeruk yang mengandugi pemanis tanpa zat seperti sakarin, aspartame, cuka buatan, asid, pewarna, pengawet .

d) Minuman berkarbonat, minuman ringan.

e) Makanan/ minuman yang banyak bahan pengawet, pewarna, perasa, tambahan @ aditif kimia.

f) Mee segera.

g) Ayam goreng segera, burger dan sosej: mengandungi minyak sayuran terhidrogen, MSG, aditif kimia, pewarna.

h) Cuba elakkan cili boh kerana kandungan bahan pengawet sodium benzoate dsb.

i) Elakkan memakan mi kuning, kueteow kerana mengandungi bahan aditif termasuk asid boric, pengawet, minyak sayuran terhidrogen (?). Sebagai ganti ambil mihun (dibuat daripada beras asli), spaghetti @ macaroni yang dibuat daripada 100% wheat durum.

j). Kebanyakan makanan segera diproses yang boleh terus dimakan yakni instant food, serbuk bijirin segera @ bijirin sarapan segera dan serbuk minuman segera / instant beverage, serbuk kopi campuran, serbuk kopi segera all in one / 3 in 1, minuman malt berperisa koko yang mengandungi majerin/krimer bukan tenusu/krimer minyak sayuran patut dielakkan.

k). Elakkan santan gantian / tiruan yang dibuat atau dicampur dengan minyak sayuran yang diubahsuai seperti krimer bukan tenusu, bahan pemekat, food conditioner, synthetic food emulsifier daripada minyak sayuran.

·Bahan – bahan di atas mengandungi banyak bahan kimia dan minyak sayuran terhidrogen yang menjejaskan jasmani,akal, minda

·Produk – produk makanan / minuman lain yang terdapat di shelf pasaraya patut dipilih berdasarkan ingredient pada label dan tips yang diberikan. Jadilah pengguna yang bijak.. Pemilihan makanan patut berdasarkan priority quality, kesihatan, keselamatan dan availability makanan tersebut dalam pasaran. Kalau tidak boleh dielakkan 100%, kita ambil jalan tengah dengan meminimumkan tahap & risiko kemudaratan produk yang dipilih.

·Kita patut ambil makanan yang halal lagi baik untuk kesihatan rohani, akal, dan jasmani.

·Makanan yang tidak baik boleh menjejaskan bukan saja kesihatan jasmani tapi juga sikap dan tingkah laku kita.

Cara mengambil makanan yang baik untuk tubuh bg menggalak penghadaman, harmoni untuk badan, tidak membebankan organ-organ serta kombinasi makanan yang harus dielakkan:

  1. Makan dengan tenang dengan mengunyah makanan dengan sempurna sebelum ditelan.
  2. Mulakan makan dengan buah-buahan dahulu sebelum makan makanan berat seperti nasi. Bukan ambil buah selepas makan nasi. Ini mengganggu pencernaan.
  3. Elok minum sedikit sebelum makan & semasa makan. Jangan minum banyak selepas makan. Selepas 20 -30 minit makan, baru minum air dlm kuantiti yang lebih banyak. Ini mengelakkan badan lemah.
  4. Susu & buah tidak digalak makan dalam masa yang sama. Mengganggu pencernaan & keseimbangan tubuh.
  5. Dua sumber protein yang berbeza tidak digalak makan dalam masa yang sama seperti ikan+daging, ikan+telur, ayam+ikan, seafood+daging / telur/ susu, ikan air masin + ikan air tawar, dan begitulah seterusnya. Boleh menimbulkan penyakit.
  6. Elakkan mengambil 2 jenis makanan masam sekaligus.
  7. Orang yang sedang mengalami penyakit kronik yang berat atau baru sembuh daripada penyakit berat, elak makanan masam, kerana boleh melemahkan badan.
  8. Makan secara sederhana. Elak terlalu banyak banyak makan & minum.
  9. Pelbagaikan makanan yang diambil.Jangan cenderung mengambil sesuatu jenis makanan tertentu sahaja untuk tempoh yang lama. Utk memastikan kita dapat semua jenis zat makanan dengan seimbang.
  10. Jangan hanya makan sesuatu jenis makanan seperti daging sahaja atau ikan atau telur atau ayam atau seafood sahaja setiap hari untuk jangka waktu panjang. Tukarkan jenis lauk atau menu 2-3 hari sekali. Ini untuk memastikan keseimbangan tubuh.
  11. Kalau hanya makan ikan, melemahkan badan
  12. Kalau hanya makan daging atau telur, menggemukkan badan dan mendatangkan penyakit.
  13. Kalau hanya makan sayur & buah-buahan, melemahkan tubuh, kekurangan darah merah, darah rendah
  14. Kalau tak makan daging atau susu langsung juga melemahkan badan, kekurangan darah, darah rendah.
  15. Kalau setiap hari ambil makanan masam pula melemahkan badan.
  16. Makan banyak jenis makanan dlmsatu masa boleh mengakibatkan ketidakhadaman, kembung, angin.
  17. Madu & buah tembukai / durian tak boleh diambil bersama.
  18. Elak makanan terlalu pedas, terlalu panas, atau terlalu sejuk.
  19. Selepas kenyang makan, elakkan terus mandi atau bersetubuh atau terus tidur. Boleh melemahkan badan. Bg tempoh 1 jam untuk penghadaman sambil berjalan perlahan 40 langkah.
  20. Juga elakkan mandi atau setubuh semasa terlalu lapar.
  21. Makanan & minuman segar yang tidak kena api / dimasak seperti ulam sayur, buah segar, madu, air bersih dari punca mata air, air bawah tanah, air mineral, air bukit, air bertapis yang tidak menghilangkan kandungan mineral sgt bermanfaat untuk tubuh untuk menyeimbangkan pH darah, memberi olsigen, detoksifikasi, menggalak metabolisme badan, kesegaran badan & tenaga.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop