Tips Kesihatan Kulit | 7 Tips Mengatasi Masalah Kulit Kering, Kusam Dan Mengelupas

Memiliki kulit halus dan mulus menjadi idaman setiap orang terutamanya kaum wanita. Seperti tanah yang kering akibat cuaca, kulit juga boleh menjadi kering, kusam dan tidak bermaya atas beberapa sebab antaranya pemakanan, rutin harian dan persekitaran.

Perkara ini pasti akan mengganggu keyakinan dan keterampilan anda di khalayak ramai. Saya kongsikan sedikit tips untuk mengatasi masalah kulit kering, kusam dan mengelupas secara sihat dan semulajadi.

Ubat Penyakit Kulit Kering Kasar

Tips Untuk Masalah Kulit Kering, Kusam Dan Mengelupas

1. Banyak Minum Air Kosong

Air merupakan sumber kehidupan yang sangat penting untuk kesihatan termasuklan kulit anda. Pengambilan air yang cukup mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering dan kusam.

Purata pengambilan harian hanya 8 gelas sehari iaitu antara 2.5L hingga 3L untuk menjadikan kulit keka lembut dan segar.

2. Mengambil makanna tinggi vitamin A & Vitamin C

Vitamin A dan C merupakan sahabat kulit kita. Anda boleh memperolehi vitamin ini dari sumber buah-buahan seperti betik. mangga, epal, pisang, strawbery, kiwi dan yang pasti buah oren yang sudah sinonim dengan vitamin C.

3. Mengambil makanan tinggi vitamin E

Vitamin E sangat bagus untuk menjaga kelembapan, kesegaran, menjaga keanjalan kulit dan menegangkan kulit. Sumber vitamin E boleh didapati dari kacang almond dan kekacangan lainnya umumnya.

4. Pengambilan Makanan kaya Omega 3

Pengambilan omega sangat bagus untuk mehjaga kesihatan jantung serta otak. Ia juga mempunyai sifat anti keradangan dan mampu melembabkan kulit. Omega 3 boleh didapati dari maanan seperti ikan salmon, kelapa, buah avokado dan lain-lain lagi.

5. Mandi sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Mandi minnimun 2 kali sehari mampu menghindarkan kulit dari menjadi kering, kusam sekaligus mengelupas. Elakkan dari mandi menggunakan air panas dan gunakan sabun khas untuk kulit kering.

6. Riadah

Beriadah begitu berkait rapat dengan berpeluh. Peluh yang keluar semasa beriadah membantu sel-sel kulit mati dan kotoran pada pori tertanggal dan menjadikan kulit lebih bersih dan sihat. Bersihkan diri dan mandi setelah peluh kering dan menjadikan tubuh kembali segar.

7. Gunakan Pelembab

Gunakan pelembab selepas mandi untuk menjadikan kulit kembali segar. Ia mudah diserap ketika kulit masih basah dan lebih cepat bertindak. Pilih pelembab yang mengandungi bahan seperti minyak zaitun, minyak argan atau shea butter.

Ubat Penyakit Kulit Kering Kasar

Selain dari tips diatas,anda juga boleh cuba untuk mengelak dari menggunakan bahan kosmetik yang mengeringkan lagi kulit anda seperti deodoran mahupun losyen yang mengandungi alkohol dan pewangi.

Kulit yang kering akan menimbulkan masalah kulit yang lain seperti kulit menjadi kemerahan dan gatal sekaligus mengundang risiko penyakit kulit yang lain seperti psoriasis dan ekzema.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop