Tips Kesihatan Kulit | 7 Cara Cegah Ruam Lampin & Cara Hilangkan Ruam Lampin Bayi

Kulit bayi adalah 10 kali lebih nipis berbanding kulit orang dewasa jadi ia sangat sensitif dan mudah merengsa.

Sesetengah bayi mempunyai alahan di mana kulitnya sangat sensitif sehinggakan tidak boleh dibiarkan di dalam keadaan basah terlalu lama terutamanya akibat peluh atau lampin pakai buang yang sudah penuh. Kulit mereka akan menjadi kemerahan dan mungkin mengelupas.

Ruam lampin akan menyebabkan bayi kurang selesa, kesakitan dan meragam.

Ubat Ruam Lampin Bayi Renoskin Medic Serum

Apakah Ruam Lampin dan Punca Ruam Lampin?

Ruam pada bayi biasanya akan menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan merengsakan terutamanya di bahagian kulit berlipat seperti di celah kelangkang, kemaluan, punggung, bahagian leher dan peha bayi.

Kawasan ruam yang dijangkiti kuman akan kelihatan merah garang, dipenuhi ruam yang berkilat dan bertompok-tompok. Ruam ini dipenuhi bintil-bintil kecil pada bahagian yang dijangkiti.

Ubat Ruam Lampin Bayi Renoskin Medic Serum

Kebiasannya ruam berlaku kepada kulit bayi yang sensitif terhadap:

  • Air kencing – lampin dipakai terlalu lama. Bahan kimia dari ammonia yang dihasilkan oleh air kencing akan menyebabkan lapisan pelindungan kulit musnah. Kulit bayi akan menjadi merah dan berlaku keradangan.
  • Najis – najis bayi mengandungi asid bergantung kepada pemakanan bayi dan ubatan tertentu.
  • Bahan kimia – sabun mandian dan sabun membasuh lampin mungkin mengandungi bahan kinia yang menyebabkan kerengsaan kepada bayi.

Ubat Ruam Lampin Bayi Renoskin Medic Serum

Tips Penjagaan Kulit Bayi Yang Terkena Ruam

1. Pastikan bayi sentiasa dalam keadaan kering.

Dedahkan bahagian terkena ruam pada udara terutamanya apabila ruam sudah kelihatan atau menjadi semakin teruk.

2. Kerap menukar lampin bayi.

Jangan biarkan air kencing terlalu lama sehingga lampin menjeruk. Tukar lampin dengan segera apabila lampin sudah kotor atau basah

3. Kurangkan penggunaan sabun

Jangan mencuci bahagian yang terkena ruam dengan kerap. Sebaiknya hanya menggunakan air suam untuk mencuci sisa kencing atau berak bayi.

4. Elakkan penggunaan bedak “TALKUM”

Bedak akan menyebabkan kulit bayi menjadi kering. Sesetengah bedak memerangkap air termasuklah peluh bayi. Bedak dah peluh yang terkumpul di bahagia pelipat menyebabkan kulit merengsa. Anda boleh menggunakan bedak yang diperbuat daripada cornstarct.

5. Elakkan membasuh insert bagi cloth diapers dengan sabun pencuci biasa

Khas untuk mereka yang menggunakan cloth diapers, elakkan penggunaan sabun pencuci yang berbau wangi dan pelembut pakaian. Cukup sekadar membuang sisa, rendam dengan air suam dan bilas beberapa kali.

6. Longgarkan lampin

Jangan pakaikan lampin pada bayi terlalu ketat. Pastikan bayi selesa untuk pergerakan dan kulit boleh bernafas.

7. Breastfeeding

Ruam mudah berlaku apabila daya ketahanan badan bayi adalah lemah dan tidak dapat melawan jangkitan. Susu ibu sangat membantu untuk mengurangkan ruam bayi.

Petua Mengubat Ruam Lampin Bayi

Tepung Ubi

Hanya bancuhkan tepung ubi dan sapu pada bahagian ruam. Mudah dan selamat. Ia membantu masalah kulit termasuklah masalah melecet dan jerawat. Ia sejuk apabila disapukan pada kulit dan memberikan rasa selesa kepada bayi.

Minyak Zaitun

Kaya dengan vitamin E dimana merawat ia membantu merawat kulit yang rosak dan mengurangkan rasa kerengsaan pada bayi.

Penggunaan Nappy Rash Cream

Pelbagai krim untuk ruam bayi yang terdapat di pasaran. Sebagai ibu bapa, kita perlulah mencari yang bersesuaian dengan kulit bayi.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop