Tips Kesihatan Kulit | 6 Tips Mudah Atasi Masalah Kulit Tangan Kering, Kasar & Menggelupas

Kesihatan kulit tangan sering dipandang remeh tetapi ia merupakan sesuatu yang serius bagi mereka yang sangat mementingkan kecantikan. Seperti kecantikan wajah, kulit tangan juga perlulah dibelai dan dimanja agar sentiasa sihat, cantik, halus, mulus dan gebu.

Apakah punca kulit menjadi kasar?

Punca kulit kasar #1 — Faktor usia

Faktor usia tidak dapat elakkan tetapi proses ini boleh dilambatkan. Bagaimana? Ok, kita lihat tipnya di bawah nanti.

Punca kulit kasar #2 — Ekzema

Ekzema merupakan penyakit kulit yang menyerang sesiapa sahaja dari peringkat bayi sehingga dewasa. Ia menjadikan kulit sensitif dan bertindakbalas terhadap persekitaran yang terlalu panas, terlalu kering dan berhabuk serta faktor pemakanan.

Punca kulit kasar #3 — Alahan pada makanan

Terdapat sesetengah individu yang tidak tahan dengan beberapa jenis makanan. Sesetengah makanan laut (seafood) boleh menyebabkan tangan berair dan gatal seterusnya kulit tangan menjadi kasar.

Punca kulit kasar #4 — Alahan Bahan Kimia

Ramai wanita mengalami masalah sensitif terhadap bahan kimia keras yang terdapat dalam bahan peluntur, pencuci pakaian, pencuci lantai dan pencuci pinggan mangkuk.

Punca kulit kasar #5 — Melakukan kerja yang berat

Mereka yang bekerja banyak menggunakan tangan dan melakukan kerja-kerja yang berat menjadikan kulit kasar dan mengelupas.

Punca kulit kasar #6 — Kekurangan nutrisi

Kekurangan nutrisi terutamanya protein dan vitamin B juga boleh menyebabkan kulit tangan rosak. Protein sangat penting kerana membantu membna sel baru menggantikan sel yang lama dan rosak.

Ubat Kulit Tangan Kering Kasar

Tips Mengatasi Masalah Kulit Tangan Kasar

Tips tangan kasar #1. Minum banyak air kosong.

Meminum air kosong secukupnya setiap hari mampu melembabkan kulit dari dalaman dan luaran. Anggaran hanya 1 liter air untuk setiap 25 kg berat badan kita.

Tips tangan kasar #2. Rendam tangan dengan susu

Khasiat pada susu dapat membantu menjadikan kulit lembut, halus dan mulus. Kandungan triclosan yang merupakan zat antibakteriia melinungi kulit dari dijangkiti baktiria yang mampu merosakkan kulit.

Tips tangan kasar #3. Sapukan tangan dengan minyak

Minyak zaitun , minyak argan dan minyak jojoba antara perawatan kulit kasar berkesan. Kandungan minyak tersebut bersifat melembabkan kulit sehingga jika kita menggunakannya secara rutin dan teratur dapat membuat kulit kita menjadi segar, halus, dan lembut.

Tips tangan kasar #4. Menggunakan losyen atau krim pelembab.

Apa yang penting di sini ialah bahan kandungan losyen adalah semulajadi, selamat dan bebas bahan kimia.

Tips tangan kasar #5. Mengambil suppliment yang baik untuk kesihatan kulit.

Kulit merupakan anggota badan yang terbesar dan sel kita terdiri dari protein dan perlukanvitamin A, vitamin C, vitamin E dan vitamin B untuk kekal awet muda. Pemakanan yang seimbang dan pengambilan supplemen yang mencukupi menjadikan kulit anda sentiasa sihat dan halus.

Tips tangan kasar #6. Tukar Pencuci kepada Yang Bebas Bahan Kimia

Anda perlu memilih pencuci yang lembut dan bebas bahan kimia berbahaya.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop