Tindak Balas Alahan | 6 Jenis Tindak Balas Alahan (Allergic Reaction) Yang Biasa Berlaku Dan Cara Mengatasi

Jangan pandang remeh bila diri anda mengalami alahan teruk. Alahan kebiasaannya akan menyebabkan ruam, mata menjadi gatal, sukar bernafas, bersin, bengkak mulut, pening dan muntah.

Alahan dalam bahasa Inggerisnya, ‘allergy’ bermaksud perubahan aktiviti. Terjadinya alahan kerana tindak balas hipersensitif yang berlaku dalam sistem pertahanan badan yang bertindak apabila terdapatnya benda asing di badan manusia yang melalui kulit dan paru-paru.

Tindak Balas Alahan

Sejarah keluarga yang mempunyai alahan terhadap benda asing tertentu mampu membuatkan seseorang menghidapi kerengsaan teruk yang mengganggu rutin seharian.

Reaksi alahan ini mungkin terjadi dalam keadaan yang ringan atau serius sama ada berlaku dalam sekelip mata atau beberapa minit selepas terdedah dengan ‘alergen’ bahan atau makanan tertentu. Namun ada juga yang alahan selepas beberapa hari atau minggu.

Anafilaksis adalah tindak balas alahan yang sangat teruk kerana berlaku secara tiba-tiba selepas tubuh sensitif dengan bahan tertentu. Ia boleh menyebabkan kematian jika lambat menerima rawatan perubatan.

Tindak Balas Alahan

Istilah ‘allergy’ ini dicipta oleh pakar kanak-kanak, Clemens Von Pirquet pada tahun 1906 selepas beliau mendapati sebilangan pesakitnya adalah hipersensitif yang tidak terlalu bahaya seperti debu atau makanan tertentu.

Alahan adalah suatu reaksi yang berlebihan dari sistem pertahanan tubuh badan. Sistem kekebalan tubuh biasanya melindungi tubuh daripada virus dan bakteria dengan antibodi untuk melawan serangan alahan bakteria.

Satu kajian yang dibuat mendapati bahawa alahan yang paling teruk pernah dialami oleh masyarakat sedunia adalah disebabkan hama atau habuk.

Tahukah anda terdapat 10,000,000 hama yang ada di tilam dan bantal ketika kita sedang tidur? Hama tidak terlalu bahaya dan tidak membawa sebarang penyakit serius. Namun najis hama itu akan membuatkan alahan teruk kepada pesakit asma, resdung dan ekzema.

Alahan bergantung kepada ketahanan badan seseorang individu. Hama juga membuatkan manusia mudah untuk dapat jangkitan asma, sehingga membuatkan seseorang itu sukar bernafas, selsema dan gatal tekak serta hilang suara.

Dr. Zeldin dari Institut Kebangsaan Perkhidmatan Persekitaran Kesihatan, Amerika Syarikat mengesyorkan strategi baru untuk sarung tilam dan bantal agar terhindar daripada hama.

Walaupun strategi ini tidak terus membunuh hama namun mampu memberikan sedikit maklumat kepada masyarakat berkaitan dengan najis dan bahan buangan hama ini.

Zeldin menyatakan, membasuh cadar dengan air panas sekurang-kurangnya sekali seminggu mampu mengurangkan jumlah terkumpul najis bakteria itu.

Tindak Balas Alahan

Tujuan menerima rawatan adalah untuk mengurangkan gejala alahan ini daripada terus merebak dan berulang lagi. Gejala yang ringan tidak memerlukan sebarang rawatan khas.

Ia akan pulih dengan sendiri tanpa ada sebarang pengambilan ubatan tertentu. Krim atau ubat sapu juga mampu melegakan ruam alahan.

Jenis-jenis Alahan

1. Alahan makanan

Makanan adalah sumber tenaga kepada tubuh badan manusia. Namun harus diingatkan ada juga makanan yang membawa racun kepada sistem tubuh badan sehingga menyebabkan alahan teruk.

Makanan laut seperti ketam, sotong dan udang akan membuatkan sebilangan pihak akan mengalami alahan gatal-gatal di seluruh muka dan tumbuh bengkak di bibir.

Tindak Balas AlahanTindak Balas Alahan

2. Alahan ubat

Sesetengah ubat tidak sesuai dengan tubuh badan seseorang itu. Jadi disarankan sebelum mengambil sebarang jenis ubat-ubatan, perlu mendapatkan nasihat dan pandangan doktor atau pegawai farmasi agar tidak berlaku kesan alahan yang berterusan.

3. Alahan racun serangga

Apabila sistem tubuh yang tidak kuat dan lemah. Sesetengah golongan muda tidak tahan dengan bau racun serangga seperti ubat nyamuk sehingga terpaksa bertahan menutup hidung dengan kain.

4. Alahan haiwan

Bulu-bulu halus pada tubuh haiwan juga boleh mengakibatkan individu itu alami alahan. Seperti bulu kucing yang terlekat di hidung dan tangan akan menyebabkan bersin teruk dan selsema.

Jika membela kucing atau haiwan berbulu yang lain, pastikan sentiasa memandikan haiwan itu dengan bersih sebelum membelai dan menyentuhnya.

5. Alahan bahan kimia

Ada remaja yang mengalami alahan dengan bahan kimia tertentu yang akan mengakibatkan ruam merah di badan dan kawasan sensitif di tubuh.

6. Alahan minuman

Remaja yang tidak tahan sejuk disarankan tidak mengambil minuman berais. Bukan hanya ais tetapi juga alah dengan minuman yang lain.

Bayi yang masih kecil juga alah dengan susu sehingga menyebabkan tompok merah dan ruam.

Jadi ibu yang masih muda disarankan menyusui bayi dengan susu badan sehingga sekurang-kurangnya bayi beurmur 2 tahun. Jika terpaksa meberikan susu formula mesti pilih susu formula yang sesuai untuk bayi.

Cara Mengatasi Alahan

  • Apabila masuknya waktu malam, tutup tingkap untuk menghalang debunga atau kulapuk masuk ke dalam rumah.
  • Gunakan penyaman udara yang dapat membersihkan dan mengeringkan udara.
  • Pakai topeng yang melindungi debu semasa melakukan aktiviti pembersihan rumah dan makan ubat-ubatan sebelum melakukan aktiviti itu.
  • Harus diingatkan tidak mengambil ubat secara berlebihan dos, bimbang gejala dan kesan buruk lain pula yang berlaku.

 

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop