Petua Rawat Penyakit Kulit | 10 Petua Rawatan Semulajadi Melegakan Penyakit Eczema & Psoriasis

Masalah kulit boleh menyebabkan ketidakselesaan yang melampau pada penghidapnya. Eczema, juga dikenali sebagai dermatitis, merupakan masalah yang menyebabkan kulit menjadi panas, kering, gatal dan bersisik.

Dalam kes yang agak teruk, kulit penghidap eczema akan menjadi terlalu merah dan boleh berdarah. Psoriasis pula merupakan masalah keradangan kulit yang berbeza. Psoriasis diketahui melalui tompokan merah pada kulit dan dilitupi dengan lapisan putih bersisik.

Eczema dan psoriasis adalah dua penyakit yang berbeza tetapi berkongsi simptom yang sama iaitu kulit yang terlalu kering dan gatal. Adanya penyakit kulit eczema menyebabkan pergerakan dan aktiviti menjadi terbatas.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Siang malam bergantung pada krim sapuan steorid yang diberikan doktor untuk melegakannya. Lebih-lebih lagi dengan keadaan udara di Malaysia yang tidak begitu bersih ditambah dengan suhu yang panas, menyebabkan penyakit kulit eczema ini lebih dari menyeksakan.

Tahukah anda, terlalu bergantung pada krim sapuan steroid adalah satu petanda yang tidak menyihatkan. Untuk jangka masa panjang, anda pasti akan menanggung penyakit lain akibat daripada pengambilan krim topikal steroid yang terlalu banyak. Kulit anda akan ketagihan steroid!!

Oleh itu, penghidap penyakit kulit eczema dan psoriasis harus mencari sumber rawatan alternatif untuk melegakannya.

Petua 1=> Sapu: Vegetable Shortening atau Lemak Sayuran

Vegetable shortening (lemak sayuran) sering digunakan dalam pembuatan kek atau pastri. Apa kata kali ini, gunakan ia untuk melegakan eczema dan psoriasis.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Struktur vegetable shortening yang agak tebal dan berminyak ini menyebabkan ia merupakan antara bahan yang sesuai untuk disapu pada kulit yang kering dan merekah, sekaligus membantu dalam proses penyembuhannya.

Hanya lumurkannya pada kawasan yang dijangkiti, balut dengan plastik dan letakkan pelekat. Biarkannya lebih kurang 2 hingga 4 jam untuk memastikan pelembap itu meresap jauh kedalam kulit.

Ulang seberapa banyak yang mungkin sehingga ruam berkurangan.

Petua 2=> Sapu: “Resepi Rahsia” Sewaktu Mandi

Campurkan satu cawan minyak sayuran kedalam air mandian untuk melembapkan dan melegakan kulit yang kering.

Selain itu, anda juga boleh mencampurkan 2 sudu besar minyak zaitun dan satu cawan susu ke dalam air mandian anda.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Mandian oatmeal juga terkenal untuk melegakan kegatalan pada kulit. Hanya kisar beberapa genggam oatmeal biasa di dalam mesin pengisar dan taburkannya ke dalam air mandian anda.

Dengan hanya mencampurkan 1 hingga 3 cawan garam Epsom ke dalam air mandian anda, kegatalan dan sel-sel kulit mati dapat dikurangkan. Tambahkan juga satu sudu kecil minyak lavender ke dalamnya untuk memberi keselesaan, ketenangan dan penyembuhan pada kulit.

Petua 3=> Makan: Kunyit

Kajian terbaru mendapati bahawa rempah ratus dapan mengurangkan keradangan pelbagai jenis masalah kulit – salah satunya adalah psoriasis.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Curcumin, sejenis bahan antioksida yang terdapat dalam kunyit, didapati boleh melindungi dan memelihara kulit dengan meneutralkan bahan radikal serta mempercepatkan proses penyembuhan luka.

Untuk hasil yang lebih berkesan, amalkan pengambilan satu sudu kecil kunyit setiap hari.

Petua 4=> Sapu: Cuka Epal atau Apple Cider Vinegar (ACV)

Ramai sudah mengetahui tentang khasiat cuka epal ini. Selain dari antara makanan sunnah dan boleh melegakan ketidakselesaan perut, cupa epal sider ini juga boleh digunakan untuk melegakan keradangan dan kesan terbakar pada kulit.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Anda hanya perlu gunakan bebola kapas untuk menyapu cuka epal pada kawasan kulit berkuping dan kering. Untuk kawasan kulit yang lebih besar, sapukan secara menyeluruh dengan menggunakan kertas tisu yang bersih yang telah dicelup satu bahagian cuka epal dan satu bahagian lagi air biasa.

AMARAN: Jangan gunakan jenis rawatan ini sekiranya kulit pesakit pecah atau berdarah, kerana cuka epal ini akan menyebabkan pesakit mengalami kepedihan dan dikhuatiri akan menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan kulit.

Petua 5=> Sapu: Minyak Zaitun atau Olive Oil

Minyak zaitun juga merupakan antara minyak semulajadi yang kaya dengan omega-3 yang boleh mengurangkan keradangan.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Cuba sapukan minyak zaitun yang bersuhu agak suam keatas kawasan yang dihidapi untuk melembutkan kulit yang terlalu kering. Sekiranya psoriasis menjangkiti kawasan kulit kepala, cuba sapukan sedikit minyak zaitun semasa mandi untuk membuang sel kulit mati dan melembutkan kulit.

Amalkan minyak zaitun dalam diet seharian anda boleh membantu menyembuhkan kulit dari dalam.

Petua 6=> Makan: Flaxseed

Flaxseed sangat kaya dengan omega-3, yang membantu dalam menghalang arachidonic, sejenis bahan kimia yang menyebabkan keradangan dalam badan.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Kisar kering beberapa sudu kecil flaxseed, dan tambahkannya ke dalam ais krim, jus, salad atau oatmeal. Anda boleh juga menggunakan minyak flaxseed sebagai dressing untuk salad atau sayuran.

Pilihan sajian alternatif yang lebih menyihatkan berbanding kangkung goreng belacan atau bayam goreng bercili yang biasa diambil oleh masyarakat kita.

Petua 7=> Sapu: Minyak Tea Tree

Sapukan beberapa titik minyak tea tree yang dicampur dengan sedikit minyak zaitun pada bahagian kulit yang kering atau bersisik beberapa kali sehari.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Di Australia, masyarakat di sana gemar menggunakan cara ini untuk mengurangkan kegatalan dan melembutkan bahagian kulit yang kasar akibat masalah kulit yang dihadapi.

Petua 8=> Sapu: Aloe Vera

Aloe vera semakin mendapat perhatian yang meluas di Malaysia terutamanya apabila pelbagai khasiatnya ditemui. Aloe vera dikatakan kaya dengan bahan anti-keradangan dan penyembuhan selain dari memberikan kelegaan kepada kulit yang gatal.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Sekiranya anda mempunyai penyakit kulit eczema atau psoriasis, cuba tanam pokok aloe vera sendiri di rumah supaya anda boleh mengambil gel aloe vera yang segar dan asli.

Kaedah penjagaan pokok aloe vera ini pun tidaklah terlalu sukar berbanding penjagaan pokok lain.

Petua 9=> Sapu: Baking Soda

Campurkan 1 1/2 cawan baking soda ke dalam 12 liter air. Gunakan kain kapas yang bersih untuk menyapu campuran baking soda itu pada kulit yang gatal untuk kelegaan yang cepat.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Petua 10=> Makan: Minyak Ikan atau Fish Oil

Banyak kajian yang telah dilakukan mendapati bahawa omega-3 dalam minyak ikan sangat membantu untuk mengurangkan penyakit kulit eczema dan psoriasis terutamanya apabila diambil dengan dos yang agak tinggi iaitu antara 3 hingga 10 gram sehari.

Namun, sebagai langkah berjaga-jaga, dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu sebelum mengambil minyak ikan sebagai suplemen tambahan.

Ubat Penyakit Kulit Eczema Psoriasis

Selain dari mengambil suplemen tambahan, khasiat minyak ikan boleh juga didapati dari pemakanan ikan-ikan seperti salmon, sardin, herring, makarel dan tuna.Sasarkan pengambilan sekurang-kurangnya 3 ke 4 auns ikan-ikan tersebut seminggu.

PERHATIAN: Omega-6 yang didapati dari minyak bunga matahari, jagung dan safflower boleh mengeruhkan lagi keradangan pada kulit. Oleh itu, sekiranya anda mempunyai masalah kulit, elakkan pengambilan minyak tersebut dalam diet pemakanan seharian.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop