Penyakit Kulit Psoriasis | Penyakit Psoriasis Bukan Penyakit Berjangkit!

Jangan salah faham apabila anda melihat seseorang yang kulitnya menggerutu atau menebal. Jangan pula rasa risau atau jijik kerana mungkin orang yang anda lihat menderita sakit psoriasis.

Penyakit kulit psoriasis ini bukan penyakit berjangkit.  Anda tidak akan dapat penyakit kulit psoriasis walaupun tersentuh pesakit yang ada psoriasis.

Penyakit kulit psoriasis ini terjadi apabila sel-sel kulit mengalami proses matang terlalu cepat berbanding sel-sel kulit normal.

Biasa sel kulit kita mengambil kitaran masa 28 hingga 30 hari untuk matang. Berbeza dengan pesakit psoriasis, sel kulit mereka hanya mengambil 3 hingga 6 hari untuk matang! Memang perbezaan yang sungguh nyata.

Ubat Penyakit Kulit Psoriasis

Apabila proses kematangan sel-sel kulit berlaku dengan cepat, sel-sel ini bergerak ke atas menuju ke permukaan kulit dan menghasilkan sisik-sisik tebal. Ia juga akan mengakibatkan saluran darah di bawah kulit menjadi lebar dan meningkatkan aliran darah.

Agak mudah untuk mengenalpasti penyakit ini. Kebiasaannya terdapat bahagian-bahagian badan yang bertompok-tompok dan bersisik. Bahagian badan yang sering diserang ialah siku, lutut, kulit kepala, dada dan bahagian belakang. Ada juga orang yang alami psoriasis di bahagian sulit.

Penyakit kulit psoriasis agak payah untuk diubati. Kebanyakan ubat yang diberikan adalah untuk mengawal sahaja dan bukannya untuk menyembuhkan penyakit psoriasis secara seratus-peratus.

Punca Penyakit Kulit Psoriasis

Banyak kajian mengatakan punca kepada penyakit ini adalah genetik. Bermakna jika kita mempunyai penyakit ini, anak atau susur galur kita kemungkinan besar akan dapat jugak penyakit ini. Cuma yang membezakan teruk atau tidak sahaja.

Ubat Penyakit Kulit Psoriasis

Penyakit kulit psoriasis juga boleh berpunca daripada:

  • infeksi / jangkitan
  • alah kepada beberapa jenis ubatan kimia
  • mengalami tekanan
  • cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk
  • perokok atau peminum arak tegar

Pesakit psoriasis sangat bernasib baik kerana penyakit ini tidak menjejaskan hubungan intim antara suami isteri. Begitu juga untuk ibu hamil, anak di dalam kandungan tidak akan mendapat apa-apa kesan hanya kerana ibunya mengidap psoriasis.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop