Penyakit Kulit Psoriasis | Kenali Jenis Psoriasis & Cara Merawat Penyakit Psoriasis

Psoriasis adalah penyakit kulit di mana sel kulit menghasilkan lebihan kulit yang tebal, berwarna perak dan gatal, kering, tompok merah dan kadang-kadang ia menyakitkan.

Penyakit psoriasis adalah penyakit kulit kronik yang tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal. Kulit yang tebal dan bersisik ini terhasil apabila sel-sel kulit tumbuh dengan cepat akibat serangan imunisasi oleh sel darah putih yang tidak normal.

Ubat Penyakit Kulit Psoriasis

Kawasan-kawasan yang terlibat biasanya ditemui di bahagian tangan, kaki, badan, atau kulit kepala tetapi boleh didapati di mana-mana bahagian kulit. Kawasan yang paling biasa adalah lutut, siku dan bawah belakang.

Keradangannya berkala di mana ia secara spontan akan menjadi lebih baik atau lebih buruk pada kulit yang terjejas. Kebanyakan pesakit mendapati gejala psoriasis menjadi semakin parah apabila cuaca sejuk. Punca sebenar masih tidak diketahui. Kecenderungan genetik dan faktor alam sekitar mungkin menjadi penyebabnya.

Psoriasis tidak boleh sembuh tetapi boleh dikawal dengan ubat-ubatan dan terapi. Mereka yang menghidapi psoriasis dan obesiti mempunyai risiko terhadap penyakit jantung dan kencing manis.

Jenis-jenis Psoriasis

  • Paling lazim adalah psoriasis yang bertompok
  • Dikalangan kanak-kanak biasanya terdapat guttate psoriasis
  • Jenis teruk yang memerlukan rawatan dihospital dipanggil erythrodermic psoriasis
  • Lampin psoriasis
  • Pustular psoriasis – adalah bentuk psoriasis yang sangat teruk dimana ia boleh menimbulkan kesakitan

Ubat Penyakit Kulit Psoriasis

Komplikasi Psoriasis

Psoriasis boleh menyebabkan arthritis yang dikenali sebagai arthritis psoriatik. Gejala adalah sakit atau bengkak pada sendi. Sendi yang biasanya terlibat adalah:

  • Sendi hujung pada jari tangan atau kaki
  • Bahagian belakang, pergelangan tangan, lutut atau pergelangan kaki

Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Penghidap Psoriasis

Penyakit ini boleh berulang disebabkan oleh pelbagai punca seperti suhu udara yang melampau, emosi yang tidak terkawal dan juga pesakit penyakit ini akan bertambah parah jika pesakit mengambil makanan yang mengandungi kalori yang sangat tinggi yang akan mengakibatkan badan terasa panas.

Makanan yang mengundang kepada keradangan seharusnya dielakkan atau dikurangkan. Antara makanan yang harus dihindari adalah:

  • Makanan atau minumam yang mengandungi alkohol
  • Makanan yang masin (ikan masin, telur masin)
  • Makanan yang diawet
  • Daging seperti daging ayam, daging lembu, daging kambing dan sebagainya
  • Organ dalaman seperti hati, tulang, paru dan lain –lain lagi
  • Makanan yang pedas.
  • Makanan-makanan yang tinggi lemak trans dan lemak tepu
  • Makanan segera
  • Makanan yang diproses

Bagaimana Mencegah Penyakit Psoriasis?

Tahukah anda bahawa penyakit Psoriasis adalah penyakit tidak berjangkit. Kebiasaannya penyakit ini ditemui di dalam keluarga terdekat kerana pewarisan genetik. Penyakit Psoriasis boleh dicegah dengan:

  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghindari perubahan cuaca yang melampau. Cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk akan memburukkan lagi keadaan
  • Kawal dah elakkan dari tekanan kerana tekanan mampu mengundang penyakit psoriasis dan menjadikan keradangan psoriasis semakin parah
  • Elakkan dari luka kerana kulit yang terdedah akibat luka akan psoriasis cenderung untuk menyerang di kawasan luka tersebut.
  • Elakkan ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia
  • Elakkan menggaru semasa keradangan
  • Berhenti merokok
  • Minum banyak air kosong
  • Mengambil lebih banyak makanan tinggi serat

Rawatan Bagi Penyakit Psoriasis

Sebenarnya terdapat pelbagai kaedah dan pilihan untuk rawatan bagi penyakit psoriasis ini. Rawatan terbaik bergantung kepada pakar yang merawat dengan mengenalpasti jenis penyakit, tahap keradangan, dan kawasan tubuh yang terlibat.

Bagi gejala psoriasis yang hanya melibatkan sebahagian kecil dari permukaan kulit (10%), Penggunaan krim, losyen atau semburan amat berkesan bagi mengawal keradangan dan selamat digunakan.Mendapatkan suntikan steroid pada kawasan plak akibat psoriasis turut membantu mengurangkan keradangan.

Bagi gejala psoriasis yang sederhana dan melibatkan kawasan yang lebih besar (20% atau lebih daripada permukaan kulit), rawatan secara luaran mungkin tidak berkesan dan tidak sesuai untuk diaplikasikan. Kes-kes seperti ini memerlukan rawatan seperti rawatan menggunakan cahaya ultraungu (UV light) atau ubat-ubatan (pil atau suntikan). Namun begitu, ubat-ubatan akan menyebabkan/memberi risiko yang lebih besar.

Ubat Penyakit Kulit Psoriasis

Untuk gejala sakit sendi yang disebabkan oleh psoriasis, ubat-ubatan luaran semestinya tidak memberi apa-apa kesan. Pesakit perlu mengambil ubat bagi menghentikan kerosakan sendi dari berterusan.

Apa yang penting, walau apa jenis ubat sekalipun yang digunakan, ia pasti mendatangkan kesan sampingan. Tidak semua ubat akan berkesan kepada seseorang dan bukan juga 100% selamat. penggunaan bagi setiap ubat –ubatan memerlukan khidmat nasihat dan perbincangan yang teliti dengan pakar perubatan.

Sebarang risiko atau manfaat atas pengambilan ubat bergantung kepada jenis dan tahap psoriasis seseorang pesakit. Hal ini kerana, walaupun terdapat 2 individu yang mengalami tahap psoriasis yang sama, salah seorang mungkin memerlukan rawatan yang ringan sahaja berbanding salah seorangnya mungkin akan menjadi sangat parah dan memerlukan rawatan yang lebih intensif.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop