Penyakit Kulit Chicken Pox | Cacar Air Penyakit Bawaan Virus Varicella-Zoster

Virus Varicella-Zoster (VZV) adalah virus yang mengakibatkan dua jenis penyakit iaitu varicella (cacar air / chicken pox) dan herpes zoster (kayap).

Cacar air / chicken pox kebiasaanya dijangkiti pada zaman kanak-kanak, manakala kayap pula adalah jangkitan lanjut cacar air / chicken pox yang mungkin berlaku pada usia tua.

Jangkitan pertama virus ini akan menyebabkan penyakit cacar air / chicken pox. Setelah pulih, virus tersebut akan terpendam di dalam saraf tunjang dan berkemungkinan menjadi aktif semula (reactivate) bertahun-tahun kemudian (selepas usia 50 tahun). Jangkitan berulang ini dikenali sebagai penyakit kayap.

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Cacar Air / Chicken Pox

Apa itu cacar air / chicken pox? Cacar air / chicken pox disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella-Zoster. Virus ini paling mudah menjangkiti kanak-kanak melainkan pelalian diperolehi.

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Jangkitan ini kebiasaan akan berkekalan selama 7-10 hari dan simptom (gejala) paling biasa adalah demam.

Selepas beberapa hari, ruam akan muncul pada bahagian badan seperti dada dan abdomen, dan kadangkala merebak ketangan dan kaki.Ruam yang kemerahan akan berasa gatal dan kemudian akan melepuh.

Bagaimana Cacar Air / Chicken Pox Berjangkit?

  • Penyakit ini senang berjangkit melalui titisan rembesan dari batuk atau bersin pesakit. Ia juga boleh dijangkit melalui sentuhan cecair dari lepuh yang sudah pecah.
  • Cacar air / chicken pox ini juga boleh (tetapi jarang) berjangkit melalui cecair seseorang yang dijangkiti penyakit kayap.
  • Cacar air / chicken pox senang berjangkit dari awal penyakit (2 hari sebelum ruam muncul) sehingga 5 hari selepas ruam pertama terbentuk.
  • Berapa lama sebelum cacar air / chicken pox terjadi (sekiranya dijangkiti)?
  • Tempoh pengeraman adalah lebih kurang 14-15 hari.

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Adakah ibu bapa/ penjaga perlu menghindari anak-anak dari sekolah jika terjangkit?

Ya, ibu bapa perlu menghindari anak dari sekolah selama 5 hari selepas ruam pertama terbentuk atau sehingga lepuh sudah kering.

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Apakah Rawatan Untuk Cacar Air / Chicken Pox?

Sehingga kini, tiada rawatan spesifik bagi penyakit ini. Namun, gejala seperti demam boleh dirawat dengan paracetamol dan ruam boleh dirawat dengan losyen kalamine.Doktor boleh memberi ubat anti virus bagi menangani gejala penyakit di kalangan pesakit dengan sistem imun yang lemah.

Penyakit Kayap (Herpes Zoster)

Apa itu penyakit kayap? Jangkitan pertama oleh cacar air / chicken pox boleh menyebabkan virus terpendam di dalam sel saraf. Apabila virus ini menjadi aktif semula bertahun- tahun kemudiannya, ia dikenali sebagai penyakit kayap.

Penyakit kayap bukanlah jangkitan baru. Ia adalah wabak baru dari jangkitan lama (cacar air / chicken pox). Oleh itu, penyakit ini hanya ditemui di kalangan individu yang pernah dijangkiti cacar air / chicken pox.

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Penyakit kayap akan bermula dengan rasa sakit disebabkan oleh saraf yang terjejas dimana virus terpendam. Kesakitan ini boleh terasa seperti sensasi “kesemutan” (tingling sensation) atau sakit yang amat sangat seolah panas terbakar. Gejala ini disebabkan oleh kerosakan sel saraf.

Dalam masa 5 hari selepas bermulanya rasa sakit, ruam akan mula terbentuk setempat dengan saraf yang terjejas. Ini boleh kelihatan seperti lilitan pada kulit di bahagian dada, abdomen, muka atau tangan dan kaki.

Bagaimana Penyakit Kayap Berjangkit?

Seseorang tidak berkemungkinan menjangkiti penyakit kayap dari seorang yang sudah dijangkiti. Walaubagaimana, lepuh kayap mengandungi virus aktif yang berkemungkinan menjangkiti individu yang belum mendapatkan imunisasi cacar air / chicken pox.

Apakah Komplikasi Penyakit Kayap?

Kesakitan akibat penyakit kayap boleh berterusan untuk beberapa minggu atau berbulan-bulan. Tambahan pula, jangkitan kedua yang berpunca dari lepuh boleh berlaku dan berkemungkinan menyebabkan parut yang teruk.

Apakah Rawatan Penyakit Kayap?

Oleh sebab penyakit kayap sering berlaku di kalangan orang tua (sistem imun yang lemah), ubat anti virus boleh diberikan oleh doktor untuk mengurangkan gejala penyakit ini. Ubat-ubatan lain yang boleh diberi adalah seperti ubat paracetamol (untuk demam) dan ubat tahan sakit.

Cacar Air / Chicken Pox vs. Kayap

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Vaksin Chicken Pox

Terdapat beberapa jenis vaksin cacar air / chicken pox di pasaran Malaysia. Jadual2 menunjukkan jenis-jenis vaksin tersebut serta cara penggunaan yang betul.

Ubat Penyakit Kulit Cacar Air Chicken Pox Kayap

Secara umumnya, kesemua vaksin untuk cacar air / chicken pox boleh diberi kepada individu 12 bulan ke atas (9 bulan ke atas bagi vaksin PriorixTetra). Satu-satunya vaksin bagi penyakit kayap boleh diberi kepada individu yang berumur 50 tahun ke atas di kalangan individu yang berisiko tinggi.

Kesemua vaksin diberi 1 dos sahaja dan suntikan adalah secara subcutaneous, iaitu dibawah kulit pada lapisan lemak. Dos kedua boleh diberikan bergantung kepada program imunisasi kebangsaan.

Antara kesan-kesan sampingan pemberian vaksin-vaksin ini adalah seperti demam, sakit dan bengkak pada tempat suntikan, dan ruam.

Semua vaksin perlu disimpan pada tempat dan keadaan yang betul dan berpatutan mengikut garis panduan vaksin masing-masing.

Maklumat lanjut boleh diperolehi dengan menghubungi petugas kesihatan atau ahli farmasi yang berdekatan.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

1 Comment

Comments are closed.