Penyakit HFMD | Penyakit Tangan, Kaki & Mulut

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) adalah penyakit jangkitan kanak-kanak bawah 10 tahun di mana lepuhan berisi air muncul di tangan, kaki dan dalam mulut.

Tekak dan tonsil membentuk ulser kecil manakala tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin) dijangkiti ruam dengan ciri-ciri vesikel (lepuhan kecil). Biasanya penyakit ini sederhana dan ruam sembuh dalam masa 5-7 hari.

HFMD disebabkan oleh virus (kumpulan enterovirus). HFMD merebak dari individu ke individu dengan kontak secara langsung melalui lelehan hingus, air liur, najis dan cecair ruam dari mereka yang dijangkiti.

Penyakit HFMD Tangan Kaki Mulut

Sama ada orang dewasa mahupun kanak-kanak boleh dijangkiti, tetapi kanak-kanak di bawah 5 tahun adalah paling mudah dijangkitinya.

HFMD selalunya terjadi dalam kelompok kanak-kanak yang ditempatkan bersama. Ia merebak melalui tangan yang tidak dicuci bersih selepas melakukan penukaran lampin atau tersentuh air liur (drool) yang mana membolehkan virus berpindah daripada satu kanak-kanak ke kanak-kanak lain.

Tanda Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Ciri-ciri klinikal HFMD termasuk:

  • Demam
  • Sakit Tekak
  • Ulser pada tekak, mulut dan lidah
  • Ruam dengan vesikel (lepuhan kecil 3 – 7 mm) pada tangan, pergelangan tangan, kaki dan kawasan diaper (lampin). Vesikel lazimnya pada tapak tangan dan tumit kaki dan ia antara ciri-ciri kemunculannya
  • Sakit kepala
  • Hilang selera makan

Penyakit HFMD Tangan Kaki Mulut

Komplikasi Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Biasanya tidak serius tetapi sebilangan kecil kes didapati merbahaya bila melibatkan sistem saraf dan jantung

Penyakit HFMD Tangan Kaki Mulut

Rawatan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Diagnosis dibuat oleh kebanyakan pengamal perubatan berdasarkan ciri-ciri unik munculnya lepuhan pada mulut, tangan dan kaki bagi kanak-kanak yang kelihatan sihat.

Tiada rawatan khusus bagi jangkitan selain dari rawatan mengurangkan gejala-gejala. Rawatan menggunakan antibiotik tidak berkesan dan tidak diperlukan. Acetaminophen boleh digunakan bagi merawat demam.

Aspirin tidak seharusnya digunakan pada kanak-kanak bawah 12 tahun semasa demam disebabkan virus. Air garam bagi membilas mulut (1/2 sudu garam bagi 1 gelas air suam) boleh melegakan kanak-kanak sekiranya mereka berupaya membilas mulut tanpa menelannya kerana tertelan air garam boleh menyakitkan.

Penyakit HFMD Tangan Kaki Mulut

Nasihat kepada Ibu Bapa / Penjaga

Ibu bapa / penjaga adalah diminta mendapatkan nasihat daripada doktor secepatnya jika anak mereka mendapat tanda-tanda HFMD.

Mereka seharusnya peka kepada sebarang perubahan tingkahlaku anak-anak mereka seperti kerengsaan dan mengantuk. Jika mereka tidak mahu minum atau makan, muntah berterusan, atau mengantuk, ibu bapa / penjaga hendaklah segera membawa anak mereka ke hospital.

Elakkan menghantar anak yang mempunyai gejala seperti di atas ke sekolah, pra sekolah atau nurseri. Sapu dan bersihkan hidung serta mulut anak dengan tisu dan buang tisu yang telah digunakan dengan sempurna.

Penyakit HFMD Tangan Kaki Mulut

Pencegahan Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD)

Pencegahan melibatkan penjagaan kebersihan yang sepenuhnya. Ahli keluarga dinasihatkan supaya dapat mematuhi amalan kebersihan yang sempurna termasuk kerap mencuci tangan supaya dapat mengawal rebakan jangkitan.

  • Amalkan mencuci tangan secara konsisten menggunakan air bersih dan sabun sebelum menyediakan makanan, selepas keluar tandas, selepas menukar lampin dan mencuci najis.
  • Menutup mulut dan hidung bila batuk dan bersin.
  • Tidak menggalakkan berkongsi pakaian, tuala, perkakas makanan dan minuman serta mainan.
  • Ibu bapa / penjaga hendaklah memastikan diri mereka bersih terlebih dahulu sebelum menguruskan anak atau bayi mereka.
  • Bersihkan mainan, kerusi dan meja yang tercemar dengan air liur anak.
  • Anak-anak hendaklah dijauhkan (kuarantin) daripada tempat awam yang sesak (seperti sekolah, pra sekolah, tempat mainan, pasar dan pengangkutan awam) sekiranya mereka mempunyai tanda-tanda jangkitan.

Penyakit HFMD Tangan Kaki Mulut

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop