Kesan Buruk Ubat Steroid | Apakah Ketagihan Steroid Topikal (TSA – Topical Steroid Addiction)

Pernahkah anda di beri krim atau ubat sapuan untuk merawat ekzema anak atau diri anda sendiri tetapi selepas beberapa bulan penggunaan, anda dapati penyakit kulit ekzema datang balik dan semakin teruk keadaannya. Apa sahaja yang anda sapu tidak membantu langsung.

Pernahkah anda menggunakan krim hydrocort tapi selepas beberapa bulan penggunaan, krim tidak berkesan langsung. Malah anda diberi krim yang lebih kuat!

Kulit anak atau anda sendiri sudah ketagihan kepada steroid topikal / krim sapuan steroid. Kulit yang ketagih ubat sapuan steroid dikenali sebagai Topical Steroid Addiction (TSA).

Ubat Penyakit Kulit Steroid

Artikel asal ini diterjemahkan daripada Dr Mototsugu Fukaya salah seorang pakar dermatologi atau sakit kulit yang telah mengkaji bagaimana sebenarnya dari ekzema yang biasa dan tidak serius, keadaan menjadi lebih teruk hanya kerana penggunaan krim steroid topikal secara berterusan.

Penggunaan krim sapuan steroid ini tidak membantu langsung, malah dari sejak tahun 1974 lagi, sudah ada kajian yang menyatakan ianya memberi kesan buruk, namun dipandang sepi oleh kebanyakan pakar di Malaysia.

Istilah “topical steroid addiction” berasal dari Penerangan Burry dalam kertas bertajuk “Topical drug addiction: adverse effects of fluorinated corticosteroid creams and ointments”.

Pada tahun 1973 didalam kertas kajian tersebut Burry menyebut tingkah laku pesakit yang menggunakan steroid topikal berterusan steroid topikal kerana takut gangguan selepas pemberhentian sebagai “ketagihan”. Didalam istilah ketagihan penggunaan steroid topikal beliau ini, ia merupakan sejenis tindak balas psikologi.

Pada tahun 1974 Albert Kligman memberi amaran bahawa ketagihan steroid topikal mungkin berlaku di kalangan pesakit dengan dermatitis atopik. Tetapi manifestasi kulit ketagihan topikal steroid diterangkan oleh Burry Kligman atau hampir sama dengan rosacea yang disebabkan oleh steroid . Jadi kepentingan masalah ini seolah-olah dipandang ringan.

Ubat Penyakit Kulit Steroid

Sneddon melaporkan satu kes yang teruk kekurangan hormon korteks adrenal disebabkan topikal steroid pada tahun 1976. Namun mungkin hanya beberapa pakar dermatologi yang melihat hubungan ketagihan steroid (TSA) di antara kajian Burry atau Kligman dan Sneddon ini. Nampak seolah-olah dua masalah yang ini sangat berbeza di antara satu sama lain tetapi berhubung kait rapat secara asasnya.

Di Jepun pula pada tahun 1991, Enomoto melaporkan beberapa kes-kes pembangunan erythroderma selepas berhenti daripada pengunaan steroid topikal. Sebahagian daripada mereka mengalami kekurangan hormon korteks adrenal.

Tidak mustahil ketagihan krim sapuan steroid dilaporkan pada awal tahun 1990an di Jepun. Jepun adalah sebuah negara yang kaya pada masa itu dan rakyatnya dengan mudah boleh mendapatkan ubat yang banyak tanpa perbelanjaan mereka sendiri (subsidi oleh negara itu).

Di Amerika Syarikat, Rapaport giat memberi pendedahan tentang “Sindrom kulit terbakar dan merah” (“The red burning skin syndrome”) pada tahun 2003.

Ubat Penyakit Kulit Steroid

Konsep ini terletak di pertengahan antara TSA Kligman dan kes Sneddon dan hampir kepada Enomoto. Burry, Kligman dan Rapaport menerangkan kes mereka sebagai “ketagihan kepada steroid topikal” tetapi Enomoto dan Sneddon tidak. Selain daripada istilah, kesemua kes berkaitan.

Untuk memahami TSA (Topical Steroid Addiction) , seseorang itu perlu tahu dua aspek steroid topikal. Biarpun ramai pakar menyatakan aspek positifnya adalah menyekat keradangan imunologi yang berlebihan namun ia mempunyai aspek negatif bahawa epidermis akan nipis dan melemahkan fungsi halangan yang di pegang oleh kulit.

Pada mulanya krim sapuan steroid topikal bekerja dengan baik. Kesan sampingan halangan epidermis menjadi tidak berfungsi tidak jelas.

Pesakit tidak ketagih. Selepas penggunaan steroid topikal jangka panjang berterusan, fungsi halangan epidermis berkurangan secara beransur-ansur. Kulit menjadi sensitif dan mudah bertindak balas terhadap pelbagai rangsangan luar.

Tetapi kerana fungsi steroid menekan (supressing), keradangan tidak pernah menjadi begitu teruk selagi pesakit terus menggunakan steroid topikal dari semasa ke semasa.

Jika pesakit tidak meneruskan penyapuan steroid topikal, ekzema akan muncul. Ia bukan kerana punca asal ekzema pesakit tetapi kerana kesan sampingan daripada topikal steroid itu sendiri. Ini yang dikatakan pesakit ketagih pada steroid topikal.

Jika pesakit yang mengalami ketagihan ini tidak menarik diri daripada steroid topikal dan terus menggunakan lebih banyak atau secara sistematik, fungsi halangan epidermis dimusnahkan sepenuhnya. Kulit tidak boleh menghalang aliran masuk steroid topikal terus ke dalam tisu.

Kepekatan steroid dalam darah akan meningkat dan pesakit boleh mengalami kekurangan hormon korteks adrenal. Ini ketara daripada fenomena yang sama. Perbezaannya hanya tahapnya.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *