Kesan Buruk Alahan Ubat | Tindak Balas Alahan Ubat Boleh Membawa Maut!

Alahan ubat adalah tindak balas alahan yang disebabkan oleh tindakbalas ubat yang tidak normal. Tindak balas ubat ini terhasil disebabkan oleh tindak balas hipersensitiviti yang mana telah mendorong tindakbalas imunisasi diarahkan pada ubat.

Tindak balas hipersensitiviti boleh diklasifikasikan dengan pelbagai jenis gejala yang dipanggil gejala alahan.

Gejala alahan boleh menyebabkan gejala dalam hidung, paru-paru, tekak, sinus, telinga, perut atau pada kulit tidak kira sama ada tindak balas alahan berlaku serta-merta atau lambat, atau gabungan kedua-duanya.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

Tanda & Kesan Alahan Kepada Ubat

Tindak balas alahan terhadap ubat adalah berbeza bagi setiap individu. Seseorang yang mengambil ubat tertentu boleh mengalami ruam, manakala individu lain yang mengambil ubat yang sama mungkin tidak mengalami apa-apa kesan buruk.

Semua ubat-ubatan mempunyai risiko untuk menyebabkan kesan sampingan. Tetapi hanya 5% hingga 10% daripada kesan sampingan ubat adalah alahan.

Tindak balas alahan terdiri daripada ruam biasa hingga kepada tindakbalas sistemik yang boleh mengancam nyawa. Sebab itu adalah sangat penting untuk mengenal pasti tanda-tanda dan gejala alahan.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

Kebanyakan tindak balas alahan ubat tidak berlaku setelah ubat diambil buat pertama kali. Pengambilan ubat yang kedua dan seterusnya yang akan mendorong tindak balas imunisasi. Contoh tindak balas alahan ubat yang boleh berlaku adalah seperti berikut:

  • Anafilaksis
  • Tindak balas kulit contohnya ruam, gatal-gatal, sensitif terhadap cahaya (photoallergy) dan tanda kemerahan.
  • Kesukaran bernafas
  • Pitam
  • Degupan jantung tidak sekata (Arrhythmia)
  • Pembengkakan di bawah kulit (Angioedema)
  • Sakit sendi dan otot
  • Angioedema
  • Urticaria / gegata

Ruam pada kulit adalah gejala yang kerap terjadi bagi tindak balas alahan. Kadangkala, lepuh (blister) akan terjadi akibat ruam.

Gejala lepuh akibat alahan ubat amat menyakitkan dan biasanya menghakis permukaan mata, bibir, mulut dan bahagian kemaluan. Komplikasi yang serius ini dikenali sebagai Sindrom Stevens-Johnson.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) jarang berlaku disebabkan oleh alahan ubat. TEN adalah tindak balas alahan yang boleh dikenalpasti melalui kulit yang mengelupas seperti pesakit yang melecur.

Sindrom Stevens-Johnson dan Toxic Epidermal Necrolysis (TEN), boleh mengancam nyawa.

Anafilaksis adalah salah satu tindak balas alahan paling serius dan boleh membawa maut. Tindak balas ini selalunya bertindak dengan pantas dan mengambil masa beberapa saat atau minit. Gejala anafilaksis ialah:

  • Sesak hidung
  • Kesukaran bernafas
  • Batuk
  • Kulit kebiruan (cyanosis), termasuk bibir dan kuku.
  • Pitam dan hilang daya imbangan badan
  • Pening
  • Bimbang/resah
  • Kebingungan dan percakapan yang tidak teratur
  • Degupan jantung yang cepat
  • Berdebar-debar (palpitations)
  • Loya , muntah
  • Cirit-birit
  • Kekejangan otot

Ubat-ubatan Yang Biasa Menyebabkan Alahan

Anda mungkin mengalami alahan kepada mana-mana jenis ubat. Tetapi ada beberapa jenis ubat yang lebih kerap menyebabkan alahan berbanding ubat-ubatan lain.

Antibiotik merupakan punca alahan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan ubat. Baru-baru ini, ubat kemoterapi dan antibodi monoklonal juga dikatakan mendorong tindak balas anafilaksis.

Berikut adalah senarai ubat-ubatan yang paling kerap dikaitkan dengan alahan (atau bukan alahan dalam beberapa kes):

Penicillin (dan semua antibiotik yang berkaitan)

Kira-kira 1 dalam 10 orang melaporkan bahawa mereka mempunyai sejarah “alahan” kepada penicillin. Namun demikian, kurang daripada 10% individu yang berfikir bahawa mereka alah kepada penicillin alah kepada ubat tersebut.

Orang yang benar-benar alah kepada penicillin terdedah kepada gejala anafilaksis yang boleh mengancam nyawa. Oleh itu, amat penting untuk memberitahu doktor anda tentang tindakbalas alahan ubat masa lalu anda.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

Cephalosporins (dan semua antibiotik yang berkaitan)

Tindak balas cephalosporins hampir menyamai tindakbalas penicillin. Terdapat kemungkinan bahawa seseorang yang alah kepada penicillin boleh mendapat tindak balas alahan kepada cephalosporins kerana kedua-dua ubat tersebut mempunyai kaitan yang sama.

Sulfonamides (termasuk antibiotik, ubat oral diabetik dan beberapa ubat diuretik)

Tindak balas ubat ini tidak jelas sama ada disebabkan oleh alahan atau proses immunologi lain. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada ubat-ubatan dalam kelas ini.

Non-Steroidal Anti-Inflammatory Drugs (NSAID), termasuk aspirin, ibuprofen dan naproxen

Kelas ubat-ubatan ini boleh menyebabkan alahan dan bukan alahan seperti gatal-gatal/bengkak, memburukkan lagi asma dan menyebabkan anafilaksis. Tiada ujian yang tepat untuk menentukan jika seseorang itu alah kepada kelas ubat-ubatan ini.

Ubat Bius Setempat (Local Anesthetics)

Tindak balas alahan kepada ubat bius setempat (novocaine, lidocaine) jarang berlaku, dan biasanya disebabkan oleh bahan-bahan lain di dalam ubat, seperti pengawet atau adrenaline (terdapat dalam local anesthetics untuk membuat ubat tahan lebih lama apabila disuntik).

Anestesia Am (General Anesthesia)

Sesetengah ubat-ubatan yang digunakan semasa pembedahan kerap kali menyebabkan tindak balas alahan dan anafilaksis.

Kad Alahan Ubat

Oleh kerana terdapat kemungkinan pesakit mendapat ubat yang mereka alah dan kesan alahan boleh mengancam nyawa, pesakit dan ahli keluarga perlu dididik tentang ubat-ubatan yang diambil dan lain-lain ubat yang berpotensi bertindakbalas dengan ubat yang mereka alah.

Pesakit yang dikenalpasti mempunyai alahan ubat perlu diberi kad alahan ubat. Kad tersebut akan dilengkapi dengan maklumat alahan dan nama ubat terlibat supaya pengamal penjagaan kesihatan dapat memberi ubat yang sesuai kepada pesakit.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

Pesakit dinasihatkan supaya membawa dan menunjukkan kad alahan ubat mereka kepada pengamal penjagaan kesihatan semasa mendapatkan rawatan atau bekalan ubat.

Alahan ubat jarang berlaku tetapi ianya boleh menyebabkan tindak balas dari kurang berisiko hingga mengancam nyawa.

Oleh itu, amat penting untuk menyemak ubat-ubat yang perlu diambil bagi mengelak kejadian alahan ubat yang boleh mengancam nyawa seperti anafilaksis. Pesakit hendaklah sentiasa memaklumkan anggota kesihatan tentang alahan ubat yang pernah dialami apabila menjalani rawatan atau mendapatkan ubat-ubatan.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop