Kesan Buruk Alahan Ubat | Pipi dan Leher Bayi Berair Kemerahan & Bernanah

HULU TERENGGANU 1 Mei 2014  – “Bukan setakat pipi, leher bayi saya juga berair, bernanah dan kemerah-merahan sejak 10 hari lalu. Mungkin kerana sakit kesan daripada tersilap ubat, dia kerap menangis,” kata Norkartini Embong, 32.

Menurut ibu lima anak ini, keadaan anak bongsunya itu, Che Wan Nurfalysa Emeylie Sofea Che Wan Mohd Fadli, 3 bulan, amat meruntun jiwanya, apatah lagi ia dipercayai berpunca daripada kesilapan ubat dari sebuah klinik kesihatan.

Kesan Buruk Alahan Ubat

“Pada 20 April lalu, lebih kurang jam 8 pagi saya telah ke klinik tersebut untuk temu janji di bahagian ibu dan anak untuk suntikan imunisasi bayi.”

“Disebabkan ada ruam susu di bahagian pipi anak, doktor turut jalankan pemeriksaan sebelum berikan slip ubat untuk diserahkan ke bahagian farmasi,” katanya.

Kata Norkartini, pada sebelah malam, dia sapukan krim ‘Miconazole’ di bahagian muka anaknya itu sebagaimana keterangan diberikan pegawai farmasi.

Kesan Buruk Alahan Ubat

“Keesokan paginya, saya lihat muka anak saya jadi kemerah-merahan,” katanya.

Menurutnya, kerana menganggap ia mungkin tindak balas ubat, dia terus sapukan ubat tersebut kepada anaknya.

“Alangkah terkejutnya saya apabila keesokan harinya pula didapati bukan sahaja terdapat biji kecil yang bernanah di bahagian pipi anak saya, tetapi seluruh lehernya turut kemerah-merahan. Dia juga kerap menangis.”

“Saya merujuk kepada sebuah klinik swasta serta farmasi dan ternyata tekaan saya tepat kerana dimaklumkan ubat diterima itu sememangnya tak sesuai untuk bayi,” katanya.

Kata Norkartini, dia turut membawa anaknya ke Hospital Hulu Terengganu (HHT) bagi dapatkan rawatan setelah keadaan bayinya itu semakin teruk dan jawapan sama diterimanya iaitu silap bagi ubat.

“Sudah hampir dua minggu, keadaan bayi saya begini. Saya agak terkilan dengan kejadian menimpa anak bongsu saya ini dan keadaan ini boleh dikatakan sebagai kecuaian. Diharapkan perkara ini tidak berulang kepada mana-mana bayi.

“Kerana kesal dan sedih atas apa yang berlaku, saya turut membuat laporan polis pada 24 April lalu serta menghantar surat aduan kepada Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Terengganu pada Isnin baru ini iaitu sehari selepas membawa anak saya mendapatkan rawatan di HHT,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr Anwa Sulaiman ketika diminta mengulas kejadian tersebut berkata, pihaknya sedia maklum mengenai perkara berkenaan dan telah menghantar doktor serta kakitangan berkaitan memantau serta merawat bayi terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop