Kesan Buruk Alahan Ubat | Bayi Yang Melecur 100% Kulit Akibat Salah Ubat Meninggal Dunia

ALOR SETAR Mac 17, 2014 : Bayi berusia sembilan bulan yang melecur seluruh badan dipercayai akibat alahan ubat yang diberi oleh sebuah klinik swasta pada 16 Feb lalu meninggal dunia hari ni.

Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia pada pukul 1.25 pagi tadi selepas 10 hari dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) sejak dimasukkan ke HSB pada 5 Mac lalu.

Bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, berkata anaknya itu disahkan meninggal dunia akibat ‘Sepsis Secondary To Infected Severe Atopic Eczema’ (jangkitan kuman dalam darah) atau penyakit radang seluruh badan yang membawa maut disebabkan oleh jangkitan yang teruk.

“Selepas mendapatkan rawatan di HSB pada 25 Feb lalu, keadaan dia semakin pulih dan pada 5 Mac lalu, Ketua Puteri UMNO Kulim-Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor telah membantu kami membawa dia ke Kedah Medical Centre (KMC) bagi mendengar pandangan daripada doktor pakar kulit di situ.

“Selepas diperiksa, doktor di KMC menyuruh kami membawa dia ke HSB semula kerana sudah mempunyai rekod pemeriksaan di sana. Apabila dibawa ke HSB semula, dia ditahan di dalam ICU selama 10 hari sebelum meninggal dunia pagi tadi,” katanya kepada pemberita di kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut di sini.

Khairul Nizam berkata pada Sabtu lalu doktor telah memberitahunya dan isteri bahawa peluang untuk bayi mereka hidup hanya 50/50.

“Pada pukul 11 malam semalam, keadaan dia semakin lemah dan sekitar pukul 12 pagi, doktor memberitahu bahawa jantung anak saya terhenti sementara sebelum mereka berjaya memberikan bantuan oksigen tetapi sejam kemudian keadaan semakin kritikal dan akhirnya disahkan meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, Khairul Nizam berkata dia akan berbincang dengan anggota keluarganya sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik swasta yang telah menyebabkan kematian anaknya.

Isterinya Nur Shazira Mohd Salleh, 23, berkata sebelum Muhammad Nasrullah meninggal dunia, dia berasa tidak sedap hati ditambah pula melihat berat badan anaknya turun mendadak daripada 9.6 kilogram kepada 6. 3 kilogram dalam tempoh 10 hari.

“Tiga hari kebelakangan ini hati saya tidak sedap kerana saya lihat perubahan dia semakin letih dan tidak mahu minum susu seperti sebelum ini. Tapi dia tidak menangis kesakitan dan hanya merenung wajah saya.”

“Saya tidak dapat bersama dengan dia sepanjang dia berada di dalam ICU. Saya hanya dapat memegang semasa menyusukan dia dan kali terakhir saya melihat dia pada pukul 1 pagi sebelum dia meninggal dunia 25 minit kemudian,” katanya.

Jenazah Muhammad Nasrullah dikebumikan di tanah perkuburan Masjid Permatang Buluh di sini pada pukul 9 pagi tadi.

Pada 16 Feb lalu, badan bayi itu didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberi sebuah klinik swasta di sini ketika mendapatkan rawatan akibat ruam sebelumdibawa ke HSB untuk rawatan lanjut.

Bayi Melecur Akibat Salah Ubat Meninggal Dunia

KHAIRUL Nizam Lebai Jusoh dan isteri, Nur Shazira Mohd. Salleh sebak melihat gambar anaknya, Muhammad Nazrullah menerusi telefon bimbit di rumah mertuanya di Kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut, Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 17 Mac – Seorang bayi berusia sembilan bulan yang melecur di seluruh tubuh badannya selepas didakwa tersalah menerima ubat di sebuah klinik swasta bulan lalu, meninggal dunia hari ini.

Muhammad Nasrullah Khairul Nizam meninggal dunia pukul 1.25 pagi di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini.

Menurut bapanya, Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, anaknya itu dimasukkan ke PICU sejak 10 hari lalu dan dia difahamkan bahawa darah dalam badan Muhammad Nasrullah telah dijangkiti kuman.

Bayi Melecur Salah Ubat

“Kira-kira pukul 11.30 malam tadi, doktor memaklumkan yang anak saya mungkin dapat hidup dalam tempoh dua jam sahaja dan dari situ saya sudah bersedia dan reda dengan ketentuan Allah.”

“Saya mungkin akan berbincang dengan keluarga tentang keperluan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap klinik swasta tersebut kerana mungkin cara ini dapat mengelak daripada kes sama berulang kepada orang lain,” katanya ketika ditemui di rumah keluarga mertuanya di Kampung Kuala Bangka, Kota Sarang Semut, di sini hari ini.

Pada 2 Mac lalu, akhbar ini melaporkan seorang bapa mendakwa sebuah klinik swasta cuai merawat penyakit ruam bayinya sehingga menyebabkan kulit di seluruh tubuh bayi tersebut melecur.

Muhammad Nasrullah dibawa ke klinik berkenaan pada 16 Februari lalu oleh ibu bapanya untuk rawatan penyakit ruam di bahagian paha dan perut.

Khairul Nizam seterusnya memberitahu, berdasarkan surat daftar kematian, Muhammad Nasrullah meninggal dunia disebabkan ‘sepsis secondary to infected severe atopic eczema‘.

Isterinya, Nur Shazira Mohd. Salleh, 23, berkata, dia rasa tidak sedap hati apabila berat badan anaknya itu turun mendadak iaitu dari 9.6 kilogram (kg) kepada 6.3 kg dalam tempoh 10 hari.

Ujarnya, dua hari lalu Muhammad Nasrullah tidak dapat melelapkan mata selain keadaannya tidak bermaya dan letih.

“Saya ada juga rasa tidak sedap hati sebelum ini, tambahan pula pagi Ahad lalu dia asyik tenung sahaja saya seolah-olah macam ada benda yang nak diberitahu namun tidak menyangka dia akan tinggalkan kami,” katanya.

Jenazah Muhammad Nasrullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Permatang Buluh, di sini kira-kira pukul 9 pagi.

BAYI MELECUR KERANA TERSALAH UBAT MENINGGAL DUNIA

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un (انّا للہ و انّا الیہ راجعون) | Bayi lelaki berusia sembilan bulan yang melecur teruk selepas disyaki tersilap menggunakan ubat yang diambil di sebuah klinik swasta meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), awal pagi tadi.

Bayi Melecur Alahan Ubat

Memetik laporan Harian Metro, Muhammad Nasrullah Khairul Nizam menghembuskan nafas terakhir jam 1.25 pagi selepas 10 hari mendapat rawatan susulan di HSB sejak 8 Mac lalu. Difahamkan, keadaannya dilaporkan kritikal kira-kira jam 11 malam tadi apabila mangsa dikatakan tidak bermaya dan letih.

Bapa kanak-kanak itu Khairul Nizam Lebai Salleh, 41, berkata, doktor memaklumkan peluang hidup anak tunggalnya tipis akibat terdapat jangkitan kuman dalam darah.

“Keadaan anak saya sebelum ini nampak bertambah baik selepas kisahnya disiarkan dalam akhbar pada awal bulan ini, tetapi tak sangka pula benda nak jadi, dia meninggal dunia awal pagi tadi. Berat badannya juga susut daripada 9.6 kilogram (kg) kepada 6.3 kg walaupun kerap menyusu badan, tiada selera untuk makan. Namun saya reda dengan apa yang berlaku,” katanya.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Permatang Buloh, Kota Sarang Semut, kira-kira jam 9 pagi tadi.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop