Kesan Buruk Alahan Ubat | Bayi 8 Bulan Melepuh & Melecur Kulit Seluruh Badan Akibat Salah Ubat & Alahan Ubat

ALOR SETAR Mac 2014 – Bayi lapan bulan yang melecur dipercayai akibat alahan ubat dijangka sembuh sebulan dua lagi, kata Pegawai Kesihatan Bahagian Dermatologi Hospital Sultanah Bahiyah, Dr Edwin Jude Gunasegaran.

Beliau berkata, pihak hospital masih memantau perkembangan Muhammad Nasrullah Khairul Nizam dari semasa ke semasa.

Pada 16 Februari lalu, badan bayi ini didapati mula melecur dan bertukar menjadi kehitaman selepas beberapa hari menggunakan ubat makan dan sapu yang diberikan sebuah klinik swasta di sini ketika mendapat rawatan akibat ruam.

“Bayi ini telah dibawa ke hospital ini sebanyak dua kali dan dalam tempoh itu saya lihat keadaan kulitnya bertambah sembuh. Tetapi hasil pemeriksaan lanjut, saya lihat bayi ini mungkin ada menghidap penyakit lain jadi kita akan jalankan pemeriksaan,” katanya semasa melawat bayi tersebut di rumah keluarganya di Taman Stadium di sini semalam.

Bayi Melecur Alahan Ubat

Ketua Puteri Umno bahagian Kulim-Bandar Baharu, Nor Sabrina Mohd Noor yang turut melawat Muhammad Nasrullah, berkata bayi itu akan dibawa ke sebuah hospital swasta bagi mendapat pandangan daripada doktor pakar di sana pula.

“Kita akan bawa adik Nasrullah ke Kedah Medical Centre dan akan dengar pandangan daripada doktor pakar kulit dan dari situ barulah tindakan susulan boleh dibuat.

Bayi Melecur Alahan Ubat

“Saya harap inisiatif yang diambil ini sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan ahli keluarga bayi ini, tapi apa yang paling penting adik Nasrullah akan kembali sihat seperti dahulu,” kata Nor Sabrina yng juga Pengerusi Jawatankuasa Sains, Inovasi dan Teknologi Maklumat, Komunikasi dan Teknologi Tinggi Negeri. – Bernama

Bayi Melecur 100 Peratus Akibat Doktor Swasta Salah Beri Ubat!

“Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.

Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, di sini, Isnin lalu.

Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Bayi Melecur Alahan Ubat

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.

ISU BAYI MELECUR – BAPA TERKEJUT APABILA DIBERITAHU UBAT YANG DIBERI ADALAH RACUN?

Kecoh juga dengan isu bayi berusia lapan bulan, Muhammad Nasrullah yang didakwa melecur setelah menggunakan ubat yang diberikan oleh sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.

Ini kerana bapa kepada kanak-kanak tersebut, Khairul mendakwa selepas menggunakan ubat yang diberikan badan bayinya itu menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Bayi Melecur Alahan Ubat

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Tubuh Bayi Melecur Akibat Alahan Ubat

Paling mengejutkannya, apabila diberitahu ubat berkenaan sebenarnya adalah racun setelah dia mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) dan kes anaknya itu dirujuk kepada pakar kulit.

Selepas dua hari memberi Muhammad makan ubat itu, suhu badannya meningkat secara mendadak, menyebabkan kami bertambah runsing dan membawanya ke HSB.

Doktor disini terkejut melihat kulitnya seperti dibakar dan memaklumkan badan Muhammad melecur 100 peratus. Saya menyerahkan ubat diberi doktor di klinik berkenaan untuk pemeriksaan dan terkejut apabila dimaklumkan itu adalah racun.

Bayi Melecur Alahan Ubat

Khairul juga memberitahu hanya Allah yang tahu perasaannya ketika itu. Tujuannya untuk merawat Muhammad bertukar tragedi. Shazira ibu kepada Muhammad memberitahu anaknya terpaksa dimasukkan ke dalam wad selama tiga hari untuk rawatan.

Doktor juga menasihatkan Muhammad dalam keadaan bersuhu sejuk dan tidak dipakaikan baju bagi mengurangkan kesakitan akibat melecur. Khairul mengulas dia tidak mahu salahkan sesiapa namun berharap Kementerian Kesihatan melakukan siasatan terperinci mengenai perkara ini.

Dia juga berharap ibu bapa di luar sana selidik dulu klinik swasta dan ubat yang diberikan sebelum membawa anak untuk mendapatakan rawatan.

Salah Beri Ubat, Kulit Bayi Melecur Teruk

“Hati ibu mana tidak sebak apabila melihat anak yang sebelum ini sihat dan aktif berubah sekelip mata. Selain menangis setiap masa, Muhammad Nasrullah juga tidak lalu makan, malah sering muntah apabila diberi susu,” kata Nur Shazira Mohd Salleh, 23.

Menurut Shazira, dia menyedari perubahan mendadak yang berlaku terhadap anak tunggalnya berusia lapan bulan itu selepas mendapatkan rawatan akibat dijangkiti ruam di sebuah klinik swasta di Jalan Sultan Badlishah, Alor Star, Isnin lalu.

Katanya, selepas diberi ubat makan dan sapu dibekalkan klinik berkenaan, badan anaknya menjadi kemerahan seperti dibakar sebelum merebak ke seluruh badan. Warna kemerahan itu kemudian bertukar hitam dan menggelupas.

Selain melecur pada kulit, anaknya tidak lalu makan dan sering muntah apabila diberi susu walaupun tidak mempunyai alahan terhadap susu sebelum ini.

Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia dan suaminya Khairul Nizam Lebai Jusoh, 41, membawa anak mereka ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, untuk rawatan lanjut sebelum dirujuk kepada pakar kulit.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop