Kesan Buruk Alahan Ubat | Bayi 5 Bulan Menderita Kulit Parah Akibat Alahan Ubat Cacar (Chicken Pox).

21 Mei 2016 | Seorang bayi lelaki berusia enam bulan terpaksa menanggung kesakitan apabila kulit badannya mengelupas dan berdarah selepas mengalami alahan terhadap ubat diberi sebuah klinik, di sini.

Izzul Islam Hamizi sebelum ini dilaporkan mengalami masalah cacar air (chicken pox) sebelum kedua ibu bapanya membawa bayi itu ke sebuah klinik kesihatan di Nibong Tebal bagi mendapatkan rawatan.

Ibunya, Rosmala Ahmad, 35, berkata, doktor klinik kesihatan berkenaan membekalkan sebotol ubat sapu (calamine lotion) untuk anak kelimanya itu selepas empat hari menanggung kesakitan, namun tidak menyangka keadaan bertukar menjadi lebih parah.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

“Mengikut arahan doktor, saya perlu sapu ubat itu tiga kali sehari, namun baru sekali saja saya sapu, badan anak dah tukar jadi lebih teruk.

“Cacar air menjadi seperti luka dan kulit anak saya mengelupas serta berdarah. Keadaan itu membuatkan dia sentiasa menangis sebab tak tahan sakit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Bagan Buaya, di sini, semalam.

Rosmala berkata, melihat keadaan anaknya yang semakin parah, dia dan suaminya, Hamizi Ramli, 39, membawa anaknya itu mendapatkan rawatan di sebuah klinik swasta, namun tiada sebarang perubahan yang berlaku.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

Bimbang keadaan menjadi lebih teruk, pasangan itu membawa anak mereka ke Hospital Sungai Bakap pada 11 Mei lalu sebelum anaknya dipindahkan ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk dirujuk kepada pakar kulit.

“Saya sedih tengok anak bongsu yang kerap menangis dan menanggung derita sakit dialami.

“Mulanya doktor beritahu anak kami alami jangkitan kuman dalam darah akibat cacar air, tapi selepas pakar HSJ buat pemeriksaan, sebenarnya didapati anak alah pada ubat.” katanya.

Walau bagaimanapun kini selepas seminggu menerima rawatan dan dipantau oleh doktor pakar HSJ, keadaan kulit anaknya beransur pulih dan luka yang dialami telah kering.

Ubat Penyakit Kulit - Kesan Buruk Alahan Ubat

Surirumah sepenuh masa itu bersyukur apabila mengetahui derita yang dialami oleh anaknya itu mendapat perhatian pengguna laman sosial di negara ini dan banyak menerima sumbangan dan kata-kata semangat daripada netizen.

“Alhamdulillah dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia anak saya kembali beransur pulih dan saya berterima kasih dengan keprihatinan semua pihak yang mengambil berat terhadap anak kami ini,” katanya.

Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

1 Comment

Comments are closed.