Kesan Buruk Alahan Ubat | Alahan Kepada Ubat Dan Kesan Sampingan Ubat Adalah Dua Perkara Berbeza!

Tahukah anda? Kesan sampingan dan alahan ubat-ubatan adalah perkara yang tidak sama. Adalah sangat penting untuk anda ketahui perbezaannya terutama bagi pengguna yang mempunyai sejarah alahan ubat.

Apakh Kesan Sampingan Ubat?

Kesan sampingan ubat bermaksud kesan yang tidak diingini selain dari kesan terapeutik dan berlaku disebabkan oleh mekanisma tindakan ubat terhadap badan.

Setiap ubat mempunyai profil kesan sampingan yang tersendiri. Ia terbahagi kepada beberapa tahap. Iaitu dari kesan sampingan yang biasa dilaporkan dan kesan sampingan yang jarang dan parah (Adverse Reaction). Terdapat juga kesan sampingan yang bersifat sementara dan juga bersifat kekal kepada pengguna.

Ubat Penyakit Kuilit - Kesan Sampingan Ubat Alahan Ubat

Contoh yang mudah adalah Chlorpheniramine atau lebih dikenali sebagai Piriton merupakan salah satu ubat selesema dan gatal-gatal yang mudah didapati di farmasi dan klinik. Kesan sampingan yang biasa dihadapi dengan pengambilan Chlorpheniramine adalah mengantuk dan dinyatakan dengan jelas pada label ubat ini.

Bagaimanapun sesetengah ubat boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius. Contohnya adalah ubat Allopurinol yang digunakan untuk mengurangkan paras asid urik dalam darah.

Ubat tersebut dilaporkan menyebabkan kesan sampingan yang serius seperti Steven Johnson Syndrome yang melibatkan kematian sel-sel kulit.

Apakah Alahan Kepada Ubat?

Alahan kepada ubat bermaksud kesan ubat yang melibatkan reaksi sensitif secara semulajadi oleh mekanisma pertahanan tubuh badan pengguna terhadap ubat.

Reaksi dan keterukan alahan adalah berbeza bergantung kepada seseorang individu. Contohnya alahan minor adalah seperti ruam gatal dan alahan major adalah seperti anafilaksis yang boleh membawa kematian.

Ubat Penyakit Kuilit - Kesan Sampingan Ubat Alahan Ubat

Alahan yang biasa dilaporkan adalah alahan terhadap antibiotik dari kumpulan Penicillin (Amoxycillin dan Ampicillin) yang dipreskrib untuk rawatan jangkitan bakteria. Kesan alahan yang biasa dilaporkan adalah ruam gatal dan bengkak.

Seseorang individu hanya boleh mengetahui dirinya mempunyai alahan selepas terdedah kepada ubat berkenaan dan mengalami kesan alahan ubat.

Mekanisma antara alahan ubat dan kesan sampingan adalah berbeza teteapi pengguna perlu beringat bahawa kedua-dua kesan berkenaan adalah kesan yang tidak diingini dan tindakan pencegahan serta langkah berjaga-jaga perlu diambil.

Tindakan Jika Berlaku Kesan Sampingan Atau Alahan Ubat

  • Bertenang!
  • Pergi terus ke Unit Kecemasan Hospital yang berhampiran untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
  • Kesan sampingan ubat boleh dilaporkan terus melalui portal www.bpfk.gov.my dan laporkan kepada doktor atau pegawai farmasi.
  • Kad Alahan Ubat akan dikeluarkan oleh Unit Farmasi Hospital/ Klinik Kesihatan Awam selepas laporan pengesahan ubat dilengkapkan oleh pegawai perubatan. Kad ini penting dibawa bersama apabila mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan yang berlainan untuk mengelakkan daripada diberi ubat-ubatan yang boleh menyebabkan alahan pada pengguna.
Forever Living Malaysia
RenoSkin
RENOSKIN MEDIC SERUM

Agen RenoSkin modal mula serendah RM440 sahaja untuk 10x botol RenoSkin Medic Serum. Sila isi borang di BORANG AGEN RENOSKIN. Agen RenoSkin bawah Team Cikros ada banyak kelebihan seperti promosi percuma, hadiah insentif, support group, koleksi testimoni dan teknik marketing online (advance)!

Tiada modal? Pun boleh jual RenoSkin Medic Serum! Dropship RenoSkin tak perlu modal & tak payah simpan stok. Anda hanya cari customer & Cikros uruskan delivery. Sila isi borang di BORANG DROPSHIP RENOSKIN. Dropship RenoSkin bawah Team Cikros dapat kelebihan seperti support group, testimoni dan teknik marketing online (basic).

Saya akan hubungi anda secepat mungkin! Jom jadi agen RenoSkin untuk sebarkan manfaatnya kepada mereka yang sangat memerlukannya. Utamakan niat untuk bantu orang lain barulah rezeki anda datang bergolek. Semoga anda dan saya dimurahkan rezeki bersama famili RenoSkin. Ameen.

Info penyakit kulit: http://UbatPenyakitKulit.com
Info eczema: http://UbatEczema.my
Kisah eczema: http://RenoSkin.my
Testimoni: http://RenoSkinMedicSerum.my
Beli RenoSkin Medic Serum: http://UbatPenyakitKulit.com/shop

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *